5/5/2025
Isnin, 12:16am
Aku sekarang berada di Pantai Dalam, baru saja diletakkan di shift malam. Kebiasaannya sebelum ini, aku hanya pada shift siang. Rasa aneh sebab tak nampak isteri dan anak-anak sebelum tidur.
Rasa janggal sungguh bila membaca semula post-post sebelum. Aku bermula ketika umur belasan tahun, kini berumur yang aku perlukan Salonpas dan Koyok kerana badan mula terasa sengal disana, dan juga disini.
Aku sedang menaip ini sambil merindukan anak-anak. How time flies kan? Dulu sibuk dengan assignments, sekarang kerja dan keluarga sahaja.
Aku tak tahu sampai bila blog ini akan berada dalam talian, tapi harap-harap anak kecilku boleh baca kelak.