Powered By Blogger

Pasar Seni Hari Ini

Lagak aku atas katil tak ubah macam hero cerita ' Trainspotting '. Resah semacam. Hero dalam cerita itu terbayang kawan - kawan dan ' lovechild ' nya terbunuh, serta ketagihan heroin. Aku pandang kiri, hanya dinding. Aku pandang kanan, hanya katil. Aku pandang jam, aku rasa aku ditipu. Jarum jam bergerak perlahan. Atau memang jarum itu perlahan tetapnya sejak berabad dekat yang lalu? Ini perasaan atau keadaan yang mainkan aku? Orang tua kata, masa seronok berlalu dengan ultra pantas. Tapi apa jadi pada masa sial? Sial macamana? Sial macam bosang. ' Bosang '. Anak - anak Terengganu. Alah, lebih baik dari anak KL.



Sudah seminggu berlalu sejak cuti CNY. Masa cuti, otak sedar aku langsung membuang segala kewajipan. Segala ! . sekarang aku mula dilonggokkan balik dengan tugas - tugas yang sebenarnya memang aku tak suka, yang memang aku tak reti. Albert Einstein tak pergi sekolah pun boleh jadi lagend. Aku tak nak belajar juga lah.Astaga.



Kelmarin Jabatan Rekabentuk & Seni Visual (JRV) telah berjaya mengadakan Hari Keluarga untuk semua pelajar di jabatan tersebut, termasuk aku lah kan. Sebenarnya, bukan pucuk jabatan yang organize, tapi pelajar semester 5 yang dalam lesson ' Event Management ' diberi tugasan untuk merangka dan menjalankan satu majlis yang boleh dijayakan oleh semua pelajar atau orang luar. Syabas kepada mereka, walaupun semalam aku merungut kerana cawan pakai buang yang sepatutnya dibuang, tetapi harus disimpan kerana mereka kekurangan badjet untuk untuk membeli dalam kuantiti yang banyak. Satu hari nanti aku akan di tempat mereka. Jadi, err nampaknya kadang kala satu - satu perkara senang untuk dibicara, tapi susah untuk di praktikkan.



Sebelum kejayaan pelajar semester 5 ini, Cik Din (cuba selak post lama) telah membuat ceramah agama secara instant, tentang penghayatan Islam melalui sains. Baguslah. Tapi kami sedikit terkilan bilamana ceramah 3 jam itu berlangsung tepat pada tarikh Hari Keluarga jabatan kami. Di pejabat pentadbiran pulan, dalam satu memo, ceramah ini juga mengetengahkan isu ' mengIslamkan JRV'. JRV? Jabatan aku tu. Katanya siswa/siswi JRV suka membuat dosa melalui tugasan yang diberi. Biasalah, kerja luar. Tapi yang paling pedas, dia pernah mengeluarkan fakta bahawa pensyarah di jabatan aku adalah penghuni neraka. Aku tak berani nak kritik. Mungkin sebab dia berkopiah. Atau mungkin dia bekas penuntut Universiti Al - Azhar. Tapi mengkafirkan seseorang, itu memang berat bunyinya. Selepas dikaji selidik, selama  2 tahun berturut ini, dia ada request untuk menjadi Ketua Jabatan JRV. Haha apa la agaknya jadi nanti ya? Kerana tak memakai helmet, seorang siswa dilempang, dan semua kerja dia. Ustaz?



Hari yang sama juga. Tengah hari itu aku pergi ke Kangar. Semua gara - gara PI Wimax. Elok saja promoter dengan rambut potongan chicken itu kencing aku. Katanya di Arau, connection sana sungguh bagus. Dan bila aku disini, aku betul betul nak praktikkan skill karate peringkat ke 18. Untuk menutup bosan, aku pergi membeli Celcom bb. Sama saja lembapnya. Balik, teksi menghantar aku betul betul di depan pondok keselamatan. Aku keluar dengan senyuman, senyumman sedekah katanya. Cuaca memang cukup panas. Baik luar dah nak legam, hati aku dah mula naik hitam. Pengawal baru menjerit kecil ke arah aku. Aku dah mula tajam kan skill mencarut, mencarut dalam hati saja ya? Bila aku berdepan muka dengan dia, katanya aku main redah saja masuk, tanpa punch out. Kata aku, aku tak tak punch in tadi. Lepas tu bermula lah acara membebel. Acara yang membuat anak muda sakit hati. Sakit hati sampai boleh makan hati. Bila makan hati, udara yang dirasa, boleh dilihat. Aura Goku katanya.




2 hari sebelum Hari Keluarga itu pula, malang datang menjenguk aku. Penasihat Akademik aku mengatur masa untuk berjumpa di hall ampitheathre. Nak bagi angpau katanya. Jumpa sudah, senyum sudah, dan kami disuruh duduk. Muka dia berubah masam. Banyak kiasan yang dia sampaikan. Lepas itu, satu arahan dikeluarkan. Semua beg diarah supaya dikumpulkan di hadapan, 3 meter di hadapan. Jantung aku berdegup 320 kilometer sejam. Ada sekotak rokok. Untuk memberi kesan ekstrim, PA aku memangil Puan Fatin, selaku ketua PA di kampus kami. Habis beg digeledah. Aku sangkut rokok. Bob sangkut pemetik. Aku dimaki kecil di hadapan pelajar, mungkin seramai 12juta orang. Hiperbola, hiperbola ya adik adik. Dicabar beberapa kali, aku menyahut cabaran supaya menghabiskan 4 batang rokok dalam masa 10 minit. Aku tak kisah sangat. Yang buat mata aku merah darah bila aku dipaksa hisap di depan halaman teater. Memang dalam fakulti la tu. Asap keluar tak kalah macam abang separuh kerajaan yang kerjanya menembak asap membunuh aedes.









Kalau berdekad yang lalu, peribahasa ' yang tua dihormati, yang muda disanyangi' memang betul - betul di aplikasikan dalam hidup. Itu fakta. Tapi aku mula menolak peribahasa ini sikit demi sedikit. Bukan sebab aku bukan Melayu, bukan. Aku totally Melayu. Walaupun Melayu dikait erti kan dengan ' lupa '. Banyak contoh yang melayang depan aku, contoh orang tua memang tak hormat dengan orang muda. Kalau kita pandang muka, dia kata kurang ajar. Kalau pandang bawah, dia kata kurang ajar juga. Bila kita bagi pendapat, dia kata melawan. Dan tangan nya macam sesuatu yang publik untuk diletak tampar ke pipi orang yang lebih muda dari nya. Aku tak maksudkan semua. Cuma berjaga. Ini fitrah ya? Aku tolak fitrah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan