Sebenarnya dari hari - hari lepas aku dah terkejut dengan satu isu. Lepas aku sampai Kajang baru aku alert dengan perkembangan dunia. Baik ekonomi, sukan, atau politik. Pasal dekat kampus, macam sesuatu yang haram untuk menonton tv. Penjana minda terhadap aktiviti dunia hanya aku dapat jika bersidai di Koperasi dengan gaya ingin membeli barang. Walhal realitinya aku ingin membaca surat khabar percuma. Dan tak pelik untuk golongan lelaki, surat khabar akan dibaca bermula dengan halaman paling belakang. Dan senyuman pisang akan terukir jika gambar dominannya menjadi gambar pemain Manchester United. Tersenyum seorang aku. Menang dan menang. Eh, lari dari tajuk ni.
Mesir. Terletak di Afrika Utara. Masa kecil dulu, aku ingat negara bersejarah Firaun ini adalah negeri di bawah naungan Arab Saudi (UAE). Selepas habis primary, baru aku tahu yang negara piramid ini memang sebiji negara, yang merdeka dan berdaulat.Walaupun dengan namanya yang memang ke - Islamman, 30% penduduknya menganut agama Kristian. Kira elok Malaysia ini ya? Melayu memegang hak eksekutif agama Islam. Cabar sesiapa yang convert, pegang kain rentang yang tertulis ' aku bukan Islam'. Berani ? Ini Malaysia lah.
Hosni Mubarak. Tak kaget pun bagi yang membaca ini kan? Aku tahu anda semua peka dengan keadaan sekeliling. Mutakhir ini baru aku sedar tentang pemimpin antara negara terpenting dalam kalangan negara - negara Arab. Presiden bagi negara Mesir. Seorang diktator yang mengamalkan perintahan kuku besi sejak beliau diangkat menjadi presiden pada tahun 1981. Aku ada lihat biodata 'tokoh' ini. Memang pemimpin profilik. Datang dari akademi tentera, dan pernah menjadi kommander. Hebat. Dan yang lagi hebat, 'tokoh' ini adalah salah seorang dari tali barut Amerika. Menutup pintu jalan untuk penduduk Palestin keluar, menyokong tentera Amerika supaya 'colonize' Iraq dalam tempoh yang lebih lama, menghalau tentera Iraq dari Kuwait atas arahan Amerika, dan mengepam usaha ke arah keagamaan, yakni Kristian. Like.
Jangan ingat mereka berstatus 'arab', mereka hebat ya.
77 orang terkorban. Dan beratus - ratus cedera. Meningkat dan terus meningkat. 5000 banduan terlepas. Apa ya agaknya banduan ini nak buat selepas bebas secara percuma ? Berbelas ribu nasib pelajar Malaysia di Mesir menjadi tajuk panas, menjadi muka depan pada setiap tabloid. Kerajaan mengambil langkah drastik, sampai Angkatan Tentera Udara ditugaskan untuk mengeluarkan semua aset kenderaan demi membawa pelajar - pelajar Malaysia pulang. Dan paling bengang bila terdengar pelajar Malaysia dibakar dan dibunuh. Tapi tadi aku dengar di Buletin, semuanya sekadar spekulasi. Kata Kedutaan negara kita disana. Memang relevan lah. Penduduk menentang kerajaan, bukan mengamuk sesama rakyat. Siapalah sebarkan berita tak masuk akal.
Thailand tak pernah dijajah. Tapi mereka ada pergolakkan. Tengok revolusi mereka. Revolusi berdarah. Singgapura dilihat begitu demokrasi. Sebenarnya, segala laman sesawang yang pro - pembakang diawasi ketat oleh kerajaan mereka. Bagi sesiapa yang radikal, akan ditangkap dan dimasukkan ke penjara. Indonessia korupsi. Hendak jadi polis, hulur duit, dan anda berkuasa.
Malaysia masih aman rupanya. Bersyukur. Tadah tangan ucap AMIN untuk keharmonian. HEH tiba - tiba nak jadi professional ini kenapa ? Bukan, ikut alur keadaan katanya.
ALLAH tidak pernah berkata tidak pada permintaan kita.
- Ya hambaku, aku makbulkan doamu.
- Ya hambaku, permintaanmu akan dimakbulkan, tetapi bukan sekarang.
- Ya hambaku, aku ada benda yang lebih baik dari permintaanmu.
Yang berunsur keagamaan dekat atas ini aku salin, dan tampal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan