Powered By Blogger

Shawl itu selendang

Sambil mendengar lagu yang aku tak faham rentaknya, aku ditemani hujan. Hujan yang bukan hujan biasa. Hujan terkejut kata jiran aku. Dalam tempoh sebulan, Perlis betul-betul memberi definisi kemarau pada aku. Kau boleh lihat bahang naik dari tar. Panasnya hingga ke limpa. Tambah pula angin yang segan anak dara untuk keluar mengampunkan manusia. Dan hujan ini aku rasa seperti betul-betul rahmat. Ini rahmat! Bukan Rahmat tak guna yang mencuri motor itu. Hei Rahmat, jangan kau rosakkan suci 'rahmat' dengan perbuatan kau. Sebab aku dah mengerti definisi secara operasi bagi rahmat sekarang.

Eceh :D
Kota ibu kota. Tempat lahir tipu daya.
Tempat memburu mangsamu.



Ada seorang lelaki. Sama semestar, macam aku. Memiliki mata, hidung, dan mulut. Sama macam aku juga. Berbaju melayu merah, dia suka bertenggek keseorangan di serambi surau, dan masuk selepas qamat habis berkumandang. Beberapa kali aku menegur, hanya senyum aku tafsir sebagai senyuman tawar, dia balas. Bagi aku, dia seperti tidak layak mengendong darah yang dimilik aku, darah Melayu.  Melayu tak macam itu, serius bukan. Ada juga aku memberi salam, dia hanya mengangguk. Ini lagi teruk, tapi aku tak berani cakap dia infidel, sebab.., takda sebab. Takpa, takpa kau lelaki berbaju merah.


Oh indahnya kalau aku boleh buang sikap ini. Sikap meludah. Bukan meludah seperti di papan tanda yang kau boleh jumpa di tempat awam, bukan. Meludah fitnah dan kata dusta. Tak terkira dosa. Aku terserempak dengan lelaki ini di kafe siswa.




Dia bisu !

7 ulasan:

  1. fenfen...ape kne ngene cter nyh dgn shawl??
    hahahaha..kau mmg ske ckp kuar dri tajok ke ape?

    BalasPadam
  2. oh? kau perasan? alah macam tabloid lah kan. tajuk lain, gambar lain, cerita pun lain.



    Tapi word 'shawl' tu sedap betul. Btw kan nak bagitahu ni, shawl tu selendang

    BalasPadam
  3. kau tetap nak menang kan BUDAK..
    amek..
    tapi kan..
    fmily meal aq ble nk blnje??

    BalasPadam
  4. ahaha silly. best men win kan. errr aku tak kisah pun. tapi kenapa family meal?



    nafsu buaya

    BalasPadam
  5. eceh..best men win la bgai..

    knpe fmily meal?? sbb tamak laa..nafsu buaya pon bule..kau dri taon lpas ckp nk blnje..ta blnje pown...


    pndai kau buat blog eyh budak..
    trkejot gak la aq..

    BalasPadam
  6. ahah aku dah 'men' ye? no no budak haha. eh mana account fb? lama tak nampak?


    gemok. aku tahu tulis. nak hias aku tak tahu oh

    BalasPadam
  7. eyh..kau knal aq eyh?? ciss!! haha..
    account fb tut0p...
    skunk maen commnt kat youtube je..
    haha..
    ape barang fb..



    sal aq gmok lak gyler?? kuang asam kau.
    hias tatau? kau bia btol?

    BalasPadam