Powered By Blogger

timbang rasa, lenggok Bahasa

Masih tak hilang lagi pedih rasa kerosakan jiwa. Rasa itu bukan lahir di benak. Rasa yang aku boleh kata lahir dari mata dicampur telinga. Dan mata-mata yang melihat kerosakan ini aku rasa cukup dingin. Mereka seolah tidak mengerti apakah yang dimaksudkan ' considerate '.




Sudah lah. Cukup sudah aku tambah perencah dalam jiwa yang basah. Lagi selesa aku berteman benda yang tidak ditatang roh sekarang. Sekurang kurangnya mereka tidak bersuara nyaring. Sungguh..






Rajin pula aku nak menaip. Entah, tiada sebab rasanya. Mungkin sebab sekalian sahabat hendak cuba merasa kaya dengan duit masa hadapan. Dan bila hujung minggu begini, kayalah pakcik teksi dengan langganan pelajar-pelajar 'poket tebal'. Takpa lah, duit mereka pun.




Dalam almari aku ada dua baju. Baju kemeja lengan panjang. Satunya warna coklat. Baju ini aku yang beli sendiri. Lagi satu warna biru berjalur. Ini emak yang beli. Aku hanya ada dua ini saja. Tadi aku basuh kedua-dua baju. Buat pertama kali basuh kedua-duanya, serentak. Dan keringlah mereka. Kering dengan maha cepat. Aku gosok kedua baju itu. Dimula dengan baju warna coklat. Baju mahal dan berjenama sikit.

Susah. Baju coklat ini susah digosok. Cepat renyuk. Bulunya juga menarik habuk di sekeliling. Walau mahal sekalipun. Cantik ketika dipakai tetapi susah semasa nak menyediakan.

Aku senyum bila tiba bahagian baju biru. Kain nya licin. Tak sampai lima minit, baju ini siap. Ada kawan kata baju ini kurang cantik, kerana tiada poket di dada. Aku bangkang dengan berkata, 'ini mak aku belikan'. Semua diam. Murah, tapi senang disedia. Tapi orang kata tak segak sangat.


Ada kawan aku kata, kelebihan orang lain menyembunyi ketidaksempurnaan kita. Entah, kenapa tiba-tiba aku nak kait kan pasal baju. Tapi kalau boleh aku nak cantumkan awan dan langit yang dari azali memang tak pernah bersilang. Boleh ke?







Baru sekejap ini aku balik dari Kangar. Aku memang berhajat nak pergi pun. Bekalan seluar ke kuliah aku nyata tak cukup. Dan-dan pula Azhar nak beli badminton stuff. Jadi, motorsikal milik Panjang kami kebas. Nak tahu berapa ringgit kami jimat untuk perjalanan menaiki teksi? RM 36.

Banyak betul pasangan melepaskan vendetta. Baik yang hijau ke merah. Bukan aku nak berlagak pious, tak langsung. Cuma aku pelik, perlu ke untuk dikentengahkan perasaan yang membuak itu? Banyak mata yang memandang, tapi mereka memegang prinsip dan ayat yang dipetik dari lagu Alicia Keys 'People keeps talking, they can say what they like'. Pengakhirannya, badan tergadai maruah tersadai. Tapi beberapa hari yang lepas, aku terlihat sepasang suami isteri yang umurnya dalam lingkungan 60-an. Mereka memegang tangan meredah jalan dan kaki lima. Situasi ini memang langsung keluar dari budaya Malaysia. Memang bukan Malaysia. Apa yang kita lihat adalah remaja yang tak berkahwin lebih mesra dengan pasagan masing-masing. Berbeza pula dengan pasangan yang dah  berkahwin berpuluh tahun. Mereka kelihatan dingin. Maksud aku sebilangan, sebilangan besar. Memang kelihatan janggal melihat pasangan old folks berpimpin tangan. Gedik katanya, Tapi tak salah kan kalau buat benda yang sememangnya tak salah?





You can still miss me, because I am still alive,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan