Ada satu hero Melayu, namanya rahsia.
Kau dah takda idea ke?
Rasanya macam 5 tan batu yang dialihkan dari kepala aku. Terlalu banyak hal dan perkara nak difikirkan. Terlalu banyak perkara aku perlu saksikan.
Perlahan-perlahan aku meredah rumput lembap itu. Kesan bunyi hasil dari air dan daun itu, buat aku nilu.
Sekejap, aku tak tahu kenapa aku nilu sangat bila dengar orang basuh kain menggunakan berus plastik. Alah, yang mak kita guna bila mesin basuh rosak tu? Tau dak? Anak pavilion betul lah.
Ok, sambung.
Baru sekejap ini aku pulang dari student information center(SIC). Aku tak tahu apa yang buat aku sampai mendaftarkan diri sebagai ahli JPP. Hah, ambik kau, assigment ke mana, JPP kemana. Tiba-tiba aku nak protes college life. Masa dalam menengah dulu, aku tak sabar nak bergelar siswa (siswa ke?). Poin nya kerana baju bebas dan aku fikir jadual kuliah nya banyak lubang. Hah ambik kau lagi sekali, 3 dalam 5 hari kuliyah, bermula pukul 8 dan berakhir jam 5. Dengan satu jam rehat. Celaka.
Melalut lagi.
" Efendi, awak diletak dalam biro publisiti untuk event ni"
"Banner & camera"
Dia bagi tugasan ni semalam. Dan nak tengok hari ini. Kira sekarang. Maksud aku sekejap tadi. Selepas bertekak bertikam lidah atas meja bulat, akhirnya mereka menggunakan akal. Menundakan program Cilik Cergas (LIGAS).
Apa itu LIGAS? Tanya lah, tanya. Err, satu program pendekatan terhadap kanak-kanak, dan di-fokuskan di sebuah tadika kemas di Kampung Pauh. Hehe dapat la jumpa budak muka iras Aqilah Hidayah.
Apa-apa biar aku mengeluh dulu. Haiihh. Ok, lagi sekali. Haaaaaaaihhh.
Ok sambung.
Jika dikira semua, aku ada 13 tugasan yang perlu dihantar. Itu tak masuk final project lagi. Pending & pending. Ini semua tak sama langsung macam apa yang aku imaginasikan sebelum masuk neraka ini.
Setiap hari aku pangkah pada kertas kalendar. Setiap hari. Aku tidur, aku bangun. Semuanya rutin yang sama. Pattern yang sama. Nak diubah, tiada apa nak diubah. Nak ditambah-tolak, memang hidup bukan matematik. Inilah hidup yang dikejar semua. Dan pengakhiranya, ke tanah. Ya ke?
Waktu-waktu kritikal ini lah kita perlukan..
ermm..
Teman? (ye la kot gamaknya)
Definisi teman ini jauh berbeza, sangat berlainan erti seperti apa yang sereberrum kau tafsirkan. Aku memerlukan seseorang seperti, seperti orang?
Atau seperti kawan?
atau emak?
"Mat, saman polis ditunda sampai 10 haribulan" Sms dari mak aku
Ini dah cukup buat aku gembira. Sebab? entah
"Penuhkan tempat kosong tu'
Aku bagi arahan pada teman malam aku.
"ada 7 baris
efendi johar
awak kata awak takda advantages
kalau macam tu awak tak layak hidup atas muka bumi
sebab untuk hidup perlu ada advantages
setakat ini yang hidup saya tgk semuanya beradvantageshshsag (dia geli atas apa dia cakap kot)
aka tggl satu last jadi saya simpulkan, takyah mengada-ngada"
Memang tiada metafora, ataupun simbolik. Mungkin terus dari hati dia kot? Sekurang-kurangnya dia ada sesuatu yang logik untuk dikata.
(Azzang, sila buat lagi satu untuk aku)
malam ni aku tak boleh tidur, SAYA SALAHKAN AWAK YE FENG.
BalasPadamsekian.
Jangan risau azzang. Tiada yang lebih ok? Ok dak?
BalasPadamceh aku cakap, kau bantai tidur pulak