Powered By Blogger

Blok A2

Aku selalu bangga mengatakan banjir air mata paling ganas. Sungguh, kerana air mata meng-ekpresikan perasaan. Aku kerap menidakkan sesuatu peristiwa natural, yakni aku lebih suka kepada sesuatu yang berbentuk metafora.

Aku tak pernah rasa itu. Tak pernah lihat secara langsung, itu. Dan juga, tidak pernah mengalamai, itu.

Hujan datang. Bila datang, dikata persis bala. Walhal ini yang kau damba, yang kau impi untuk peneman mimpi.

Dan dia datang, dengan ganas.

Membasuh kotoran,
Menolak hujah kesedihan,
Menterbalik kehidupan,
Mendatangkan cacian.

Misi mendapatkan setem hasil bersama Bob Mizi. Dari Arau ke Kangar, jalan itu dipenuh lumpur. Aku menghadap sesuatu yang aku tak pernah hadap.

Yang aku nampak dalam kaca tv.
Tanah hijau itu hilang seri. Sampai melankolik begini, aku jadi.

'I am mortified,
Petrified,
Stupefied,
by you'

Banjir mengingat aku pada tangisan. Tahu tangisan?

Disaat kelahiran, hampir seluruh manusia menghadapi dunia dengan tangisan. Dan orang dunia menyambut tangisan kau bersama satu senyuman.

Sewaktu kecil kita cuma mampu menangis jika ada yang tak kena. Kita cuma mampu meraih simpati, dan kasih sayang.

Kadang-kadang tanpa disedari, air mata akan menitis di saat kita terlalu gembira,
ataupun terlalu kecewa.

Kita juga boleh menitiskan air mata bila melihat kejayaan,
ataupun meratapi penderitaan.

Walau apa pun sebab kita menangis, sebaik-baik tangisan adalah sewaktu kita sujud menyembah bumi, berbicara bahasa tuhan.

Tapi yang paling nyata, menangis menunjukkan bahawa kita mahkluk yang tidak kamil semuanya,
yang memiliki akal dan perasaan.

Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku menangis, mungkin. Tapi bila tiba-tiba cerita pasal air mata, hati aku jadi sebak.

Sebak memikirkan, betapa lemahnya diri aku bila menghadapi dugaan-dugaan dunia. Yang tak pernah lekang. Yang selalu aku cuba lari.

Akhirnya, ia jumpa aku. Jumpa lagi, dan lagi.

Apapun, kita semua ingin pemergian penuh dengan senyuman pada bibir masing-masing,

Di saat semua orang menangisi kematian.
Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan