Powered By Blogger

i jump to cross for you

Berpinar kepala aku teringat budak kecik tu. Comel sampai kalau boleh aku nak tumbuk dinding. Tak reti aku nak bagi pujian, tapi itulah, adorable ya perkataan dia?

Look at the star, how it is shine for you

Indeed. Anak itu orang kata rezeki. Rezeki yang katanya ini datang dari perhubungan. Dari haiwan ke manusia. Of course sejak zaman Mesopotamia ke Yunani, dan ke zaman seni Barouque hinggalah sekarang, perhubungan itu dimulakan dengan suatu perasaan. Perasaan yang komplikated dan, asphyxiating, dan suffocating. Perasaan yang aku kira sangat murah sekarang.

Perasaan yang boleh diberi dengan beberapa kali menghantar mesej. Atau perasaan yang boleh timbul selepas melihat beberapa gambar panas di mukabuku.

For sure, lovey-dovey ini pastilah sesuatu rasa yang sangat tinggi nilainya. Kalau tidak takda lah ayat sentimental berbunyi 'belah lah dada, lihat lah hati'. Cuma bagaimana kita mengekpresikan perasaan tu.

Ada yang kata love itu terbit semasa di atas katil. Indeed lagi sekali. Betul lah tu. Pada lelaki maksud aku. Tapi nampaknya cara ini tak relevan kalau di pakai di negara kita. Kata orang ' Barat melahirkan anak Timur, Timur melahirkan anak Barat'.

Dan jeng jeng jeng..

Love lagi satu adalah..hem..

Err alah macam dalam Samarinda tu. Tak tau aku nak terang macamana.

Persoalannya, bila anak dilahirkan tanpa akad nikah, apa level anak tu? Dalam Inggerisnya, anak luar nikah dipanggil lovechild. Sampai ke Malaysia, perkataan itu diganti dengan 'anak haram'. 'Haram' tu je dah tunjukkan macamana masyarakat kita anti dengan individu yang bergelar.

'baby sapa dalam phone kau tu?'
'tu anak *****. anak luar nikah dia'

Aku tak tahu macamana anak tu bila dah besar nanti. Selalu aku terbayang hidup anak buangan. Mana ayah, dimana ibu. Takda siapa nak di adu bila sakit, tiada tempat nak bercakap bila cemerlang. Sampai satu masa anak itu akan menyumpah orang tuanya.


Kalau ini perasaan yang kau perjuangkan, aku tolak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan