Powered By Blogger

hari ini aku jadi Melayu berdiri di London

Cahaya bulan mula kelihatan. Malu-malu, dan aku jadi haru, jadi jakun. Bulan kini beransur dari fasa umbra ke penumbra semula. Masa-masa inilah aku angankan aku seperti Bezita atau Goku, boleh bertukar jadi sesuatu yang menakutkan.

Sekurang-kurangnya kalau aku membunuh, baru orang kenal. Baru orang pandang. Dan setiap kata akan diperkata, yang kosong mungkin terisi.

Tapi aku masih Efendi, dan aku kena menjadi Efendi.

Aku berbisik monolog pada bakal penemanku, yang mungkin di sebelah lautan Pasifik, atau di negara salji (ye la tu) lihat lah bulan itu, kerana bulan yang aku lihat sama seperti yang kau lihat. Besar dan kecil, malap dan terang. Bulan itu hanya aliff.

Apa yang aku tahu, bulan itu setia. Tepat masanya, ia muncul meminjam cahaya.


Jadi aku,













Hari ini aku jadi diri aku. Tanpa berdolak. Biar aku gelak sikit. Nah dua posen sebab tengok video ni heh

" Perkara yang dilarang adalah benda paling bagus "

Aku suka !





Tiada ulasan:

Catat Ulasan