Powered By Blogger

laparnya saya

Pejam celik pejam celik, hari ini dah puasa ke berapa entah. Dan betapa tipikal dan ketandusan ideanya aku, bila pembuka kata aku bermula dengan;

'pejam celik pejam celik'


Last week aku berpuasa, dan berbuka di rumah Rudy. Rudy one of my roomates since semester satu. Korang semua patut jeles sebab mak beliau merupakan salah seorang pemasak terhebat di alam semesta. Duduk rumah Rudy juga boleh mendatangkan buang tebiat sebab aku sering diajak pergi menyauk anak ikan di tepi bendang, jam 11 malam. 

11 malam ya kawan - kawan.


Kejanggalan 1



Ha kucing ni aku tak tahu nama dia. Tapi Azhar bagi nama Ja'afar sebab Ja'afar lecturer aku tu muka garang tapi baik orangnya. Oleh sebab kucing ini berkongsi sifat yang sama, dia diberi nama Ja'afar dan diberi nafas baru dengan penambahan slang Kedah. Jadilah Ja'apaq.

Tengok tangan dan kaki kucing tu. Aku tak tahu kucing ada berapa jari tapi dia ada lebih dari normal. Aku rasa dia spesis harimau bintang berevolusi jadi kucing ing ing.



Jangan terpedaya dengan kelembutan Ja'apaq pasal kadang - kadang dia cakar lepas tuu berdarah tak berenti oh.



Err ok kita ke seterusnya.


Janggal 2

Hari sabtu hari yang lenggang dan angin sepoi sepoi bahasa. Walaupun saya berpuasa, tiadalah itu menjadi penghalang untuk aku berjoging joging an di kala petang. Sedang aku joging tiba - tiba seekor biawak dohp keluar dari semak samun dan melanggar aku. Aku tiadalah apa - apa kerana aku kan kental dan keras jadi biawak tersebut mati sebab eksiden langgar kaki aku.



Fuiyoo besar gila biawak gurun ni aku tak tipu kalau aku kata berat dia macam kereta kancil. Aku terkejut lalu call semua Nona, TV3, Aduan Rakyat, dan Edisi Siasat



Gila rare macam aku tengah buat aduan tak? Untuk saving up, aku bawa balik natang ni dan mak Rudy masak biawak doph ni buat masak lemak



Janggal penat

Eh entah mana tak gambar tu aku pun lupa aku letak dekat folder mana jadi yang pergi biarlah pergi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan