Powered By Blogger

cuba cergas sikit

Semalam aku dan segala pengikut - pengikut produksi duduk semeja menghadap muka masing - masing. Pertemuan biasa saja, tiada apa yang gempar. Walaupun sebenarnya yang buat lagi gempar ialah hilai tawa, lebih dari isi dan pengisian perjumpaan mingguan. Masa inilah rasa nak berpimpin tangan bersama - sama lari sana dan sini, juga bukan timing yang sesuai untuk membuat lawak bodoh ' kalau kerja tak siap, itu takdir     namanya '.


Sesi untuk merealitikan dokumentari Hadrah dah dekat. Hujung - hujung corner je tu. Nafas pun aku rasa dah semput, pandangan mata pun dah ke lain. Bukan senang nak buat benda yang tak komersial ini. Tambah -  tambah pendatang baru, yang amatur. Semua serba tak kena, padahal itu paling cantik pada,


aku,
dia,
dan kami.


' Kalau nak tahu tentang kelebihan kita, pergi tanya musuh. Bukan kawan! ' (Anonymous)


Sedang aku duduk di perbaringan kerusi, berlagak macam semuanya baik belaka. Aku belek telefon bimbit kepunyaan seorang rakan kelas aku, perempuan. Dengan kebenaran, kerana ingin menukar lagu dalam playlist. Langkah satu siap, selepas itu aku memerhati lama pada skrin wallpapernya. Manis, gula, sweet, ah semualah!


Satu sketches dimana seorang perempuan dan lelaki sedang memegang tangan. Dibawahnya tertulis nama rakan, juga nama cinta hatinya. Kedua - dua mereka datang dari satu tempat, Shah Alam. Wah, cinta dibawa ke Utara. 


' Kau tak rasa ke dia boleh ada perempuan lain dekat sana? '


Aku tanya pada dia. Lelakinya tinggal di Shah Alam, juga belajar di sana. Tak lama lepas itu, kawan aku yang lagi satu menempelek kecil,


' Bukan jantan dia yang curang, tapi dia ! '


Selepas short-conversation, memang betul lah. Memang kawan aku yang seorang ini punya dua lelaki. Katanya kalau takda, nanti rindu. Jadi point aslinya disini, benda itu biasa, sesuatu untuk dirindu. Aku cuba fikir jika aku tuan badan teman lelakinya.


Ok sambung


Pandangan aku, rasanya si perempuan berhak. Maksud aku, kedua - duanya berhak. Kita tak pernah memiliki antara satu sama lain. Konsep hamba dah lama terhapus, diganti perlahan - lahan dari aristokrasi, anarki, dan demokrasi kontemporari kini. Kalau kau kata padanya,


' Kau memang sial kalau kau cari lain! '


Dialog ini berhak pada kedua - dua dalam satu perhubungan. Aku fikir, jika dialog ini digunakan, bermakna kau adalah sesuatu yang selfish, tak terfikir langsung tentang rasa dan perasaan orang lain. Lainlah jika sudah diijab kabul. Bukan disini maksud aku, aku tak kisah langsung. Menangis, pasti menangis. Tapi kalau dengan kau, dia hanya berendam air mata, apa kata jika kau buat dia seronok, senyum dan gembira. Mungkin itu bukan datangnya dari kau, tapi sekurangnya berikan bantuan. 


Mencintai seseorang bukanlah bermaksud memilikinya. Jika kita benar-benar menyintainya, sesiapa sahaja pilihan dia, terimalah dengan hati yang terbuka dan doakan kebahagiaannya. Itulah cinta sejati.


Rasanya, secara kolokial, entri ini macam sama rasanya. Entri ini langsung takda kena mengena dengan jiwa aku sekarang. Benda ini dah lama aku fikir, cuma..


Entahlah, heh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan