Powered By Blogger

sepasang mata

Aku nampak, awan lembut itu perlahan - lahan membaham bulan. Entah kemana ia dihadam, bukan bidang aku untuk mengkaji.  Waktu ini juga sama seperti sebelum, cukup ciri - cirinya. Masih sama serinya. Cukup untuk buat mataku menjadi separa, mulut terkumat - kamit mendendang mamai.


Semua macam tak kena. Aku lenakan kepala, tapi tak bererti mata aku harus pejam. Tidak, tak.


Aku mahu seseorang bersila di depan aku sekarang. Aku juga berbuat demikian. Mahu aku ceritakan segala pahit manis aku untuk hari ini. Juga persembahkan apa yang aku risaukan untuk esok. Ceritanya macam antara ibu dan anak, tetapi ditukar kepada orang lain.


Aku mahu dia bersila bersamaku di atas katil ini. Tak bermaksud aku perlu peluk dan cium, tak langsung. Aku cuma selesa, cuma mahu seseorang ada.


Lalu aku terus bercerita. Cerita yang aku suka, yang aku suap pada telinga dia. Dan aku letakkan bantal di depan, lalu aku baring. Dia masih mendengar, sesekali menyampuk dengan logiknya. Tuntas menghasilkan satu jawapan ringkas, sedikit huraian lalu terbentuk solusi.


Aku terus baring..


Terus bercerita, sampai salah seorang rebah sambil bermimpikan salah seorang yang lain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan