Powered By Blogger

mata 100 mega pixel

Kejanggalan yang paling janggal, bila Malaysia kalah di padang asli menentang pasukan palsu. Ini sudah cukup janggal. Minggu ini banyak janggal.




Janggal 1


Masa dalam kelas Digital Imaging, Puan Rafidah mengajar dengan serius. Mukanya tak kalah seperti beruang menaiki motor, maksud aku muka dia serius lah. Lalu dia berjalan dengan tenang kemudian dia mengamuk.


Kenapa dia mengamuk?


Si Bob Fasi kantoi bukak Facebook dalam Editing Lab. Tapi yang paling janggal dan cool bila Bob Fasi cakap,


" Eh cik saya tak bukak Facebook lah, ini wallpaper komputer ni " sambil menuding jari ke skrin dan Puan Rafidah mengangguk dan bla.






Janggal 2


Aiman Munier (nama dia cool gila tang Munier tu) atau dikenali Yok, membawa kereta membabi buta. Mukanya yang skema ala - ala Fakri Saarani tetapi tak kami sangka wajahnya berubah menjadi seperti Ronaldinho selepas memegang stereng, dan beberapa kali kami nak mati kerana hampir terlajak masuk ke dalam sawah. 


Dan dia mencilok kereta semasa jam, dan yang paling cool, jalan yang tiga lane, dia buat jadi 4 lane semasa menunggu traffic light. Dapat bayang tak? Lantak kau la






Janggal 3


Perjumpaan warden sehingga jam 12 tengah malam untuk penghuni siswa. Lepas balik dari perjumpaan, empat laptop dan beberapa henfon hilang. 12.30 siswa diarah raw-call di atas tar sehingga subuh. Aku, Rudy, dan Fitri dengan senang hati tak turun dan tidur di bilik dan kami diserbu pada jam 4.45 pagi.


" Maaf la encik. Petang semalam saya puasa, tak larat terus saya tertido tadi "


Lalu encik warden berhati *censored* bla begitu sahaja. Padahal kami tak puasa pun haha.






Janggal 4


Sekejap betul dah jumpa Ramadhan.


Aku masih yang dulu. Nak diletak ukur pembaris kejayaan di sebelah, tak ada sebarang pencapaian untuk dihebah. Yang ada cuma uban bertambah, juga masalah - masalah dunia. Masa - masa ini juga aku teringat bagaimana aku gembira pada Ramadhan, setahun yang lepas.


Betul - betul mengikut kalender Islam.


Cuma kali ini kena bersahur sendiri, berbuka sendiri, tak ada dah mak hidang air soya. Tabahkan hati. Benda ini biasa, betul dak?


Ya Allah, kau limpahkan aku rezeki kau padaku. 




I'm just an alien,
numb and alone,
sitting in the dark,
waiting the star,


shinning on me.





2 ulasan:

  1. janggal 1- memang terbaek giler la kan..haha..
    janggal 2- aku bce 2 3 kali pon aku tak dapat nk
    byangkan g cm ne..
    janggal 3- kem slm kat rudy dengan fitri..
    janggal 4- da 2 taon aku cm t0o..skrng turn kau..:-)

    p/s: sory sal smlm..haha..aku ade hal..

    BalasPadam
  2. Yang janggal II, someday kita lepak aku terangkan haha. Naa nothing selamat berpuasa kay

    BalasPadam