Powered By Blogger

termenung untuk yang ditenung

Salam Syawal 1432 Hijrah


Rasanya macam tercepat sikit kalau nak ceritakan pasal Aidilfitri, sebab aku sendiri tengah sibuk fasal dunia. Giat buat itu, buat ini. Banyak hal yang menjerit melolong meminta untuk diselesaikan. Kadang - kadang pengakhiranya, aku duduk terdampar menenung kerja dari mengerjakan kerja.


Membonceng kehidupan katanya.


Setiap hari, bulan, dan tahun menyembur kisah yang pelbagai pada aku. Dari mencacak kerjaya sampailah perasaan peribadi, semuanya naik turun. Macam harga barang sekitar. Aku sendiri tak boleh jangka apa yang aku bakal redah Syawal akan datang.


Baik ke, buruk ke


Tapi itu yang seronok. Seronok bila memikirkan tentang tahun yang lepas. Tersenyum memikirkan Syawal yang dah lalu. Selagi boleh harung, kita harung. Kalau tak boleh tahan, 


Bagitahu kepada masalah kau, yang kau ada Pencipta. Nescaya masalah lari, paling tidak pun hormon kortosil kau berkurang.


Jadi kepada yang selalu berkhayal dan berfantasi, cuba - cuba lah tersentak sikit yang keseronokan itu asalnya dari tv, datang dari media. Sebab kehidupan yang asli dan tulen memang tiada perkataan sempurna.



2 ulasan:

  1. Syawal lepas gmbira sbb duit raya lebih.

    Tapi betul, bila kt menangis dpn Dia. Rasa lega.

    BalasPadam