Powered By Blogger

detik

Hari ini hari Jumaat. Maksud aku hari ini hari Sabtu jika perkiraan sebenar mengikut jam. Ah aku mana pernah peduli, hari yang berikutnya dikira selepas aku membuka mata melihat dunia. Itu barulah definisi 'esok'.


Ada lebih kurang tiga minggu sebelum semester ini berakhir. Makna kata disini, selepas habisnya masa itu, aku akan meninggalkan tempat ini untuk lapan bulan. Lapan bulan. Aku tak pasti yang aku berasa seronok atau apa sekarang. Mood aku masih dalam pengkajian tentang penilitian tugasan - tugasan yang belum siap. Ataupun mungkin belum sempurna.


Tujuan aku menulis ini adalah untuk membuat nota untuk aku sendiri. Supaya aku tidak terlupa seperti dulu. Sepertimana aku terlupa tentang cita - cita aku, dan baru tersentak selepas cikgu memberikan kad 001 semula kepada aku masa tingkatan lima.


Kad 001 itu ditulis aku masa tingkatan satu. Kad 001 juga telah dibekalkan dengan tiga kolum dimana kolum itu kita dikehendaki untuk menulis cita - cita.


Dan antara tiga dari cita - cita yang ditulis pada kad itu, satu pun mustahil untuk aku capai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan