Powered By Blogger

duhai bonda

Hari itu aku pakai baju warna hitam. Seluar pun hitam. Aku sedang berdiri di depan cermin yang tingginya lebih kurang seratus sentimeter. Aku usap rambut aku bersama gel berwarna hijau. Hari itu hari Ahad.


"Fendi, Atan masuk hospital. Datangla hospital Kajang"


Atan kawan aku sejak darjah lima. Bersama dialah aku catkan warna dalam kehidupan aku. Segala rintihan dan girang aku, dia ada. Naik dan turun, kiri dan kanan. Aku dengan dia banyak bezanya. Cuma entahlah, walau apa pun keadaan yang datang, aku cuma rasa selesa kalau dia yang ada. Dia semacam sesuatu yang ikhlas.


Ok sambung.


Atan masuk hospital. Yang call aku tu adalah ibunya. Kerana kami berjiran, jadi dia minta aku hantarkan sup ketam. Atan terkena demam denggi, jadi kata ibunya sup ketam itu mampu menjadi responden yang baik selain dari air 100plus. Aku ingat lagi masa tu, aku sedang bekerja di kedai makan. Lama tak jumpa dia kerana kami dalam keadaan perang dingin. Aku suruh dia bekerja di tempat aku, tapi dia enggan, dia menolak. Jadi aku marah, lalu tak tegur dia untuk beberapa ketika. Aku cuma benci melihat dia duduk bersahaja. Aku jadi tak selesa.


Habis aku redah tingkat satu, mencari dimana dia. Dia terlantar lemah di katil bahagian hujung tepi tingkap. Ada beberapa buah epal di atas meja sisinya. Aku senyum, gusinya berdarah. Alahai Atan. Dia bercakap pun seolah nazak. Aku tak tahu bagaimana denggi, tapi aku labelkan sebagai satu kesakitan yang amat sakit, memandangkan migraine aku pun aku tak dapat control.


Aku berbual panjang sehingga jam 12.30, walaupun aku sedar yang aku kena clock in satu jam setengah yang lepas, iaitu pukul 11. Aku ingat. Aku tuangkan air 100plus pada cawan secara konsisten. 


Aku lihat sesuatu.


Seorang warga asing, dari Bangladesh atau Nepal, atau negara seangkatannya. Seorang lelaki berkulit gelap sedang terlantar di atas katil bersama seorang kawannya berada di tepi sebagai peneman. Wajahnya pucat seribu, tapi masih dapat melihat cebisan senyuman terukir di hujung mulut.


Selepas aku bertanya, pesakit asing di depan katil Atan turut mengalami demam denggi. Tak silap aku, pada tahun itu denggi memang sedang berleluasa. Dan dari kepelbagaian cerita Atan, aku hanya melihat sebotol air suam, dan seorang kawan yang menemani pesakit bersama sakit yang dialami.


Alangkah indah kalau aku boleh hidup tabah begitu.


Tiada isi, aku cuma taip apa yang terlintas dalam ketika aku tak berfikir apa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan