Powered By Blogger

koma

Hari ini aku bermalam di bumbung sendiri. Mungkin esok tidak, atau lagi parah lusanya langsung tiada bumbung. Aku suka berada di rumah ini, walaupun mungkin ia tidak besar bagi kebanyakan orang. Aku rasa selesa melihat muka-muka yang menenangkan ini.


Tiada perkongsian yang aku ingin cernakan pada otak yang membaca ini, cuma ingin menulis betapa rindunya aku pada tempat kerja lamaku. Masuk kali ini, sudah tiga kali aku meletak jawatan. Entahlah, mungkin orang lain tengok tempat itu sebagai bebal. Tapi aku memandangnya sebagai satu tempat pembesaran bagi Efendi Bin Johar, tempat di mana salah satu fasa penting dalam kehidupan manusia berakhir.


Terima kasih kerana memberi aku makan,
terima kasih kerana mengaji aku,
terima kasih kerana memberi sesuatu.


Aku sedang dalam proses mengembalikan tenaga. Segala jadual yang tak keruan selama dua bulan, aku ingin charge kan semula energi untuk aktiviti bermula minggu depan. Letih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan