Powered By Blogger

Menuju

Hari ini hari di pertengahan minggu. Berapa juta lemon minggu yang wujud sejak dunia ini diwujud kan-Nya. Aku terpampang sekejap, tepu kepala otak mencari sesuatu untuk  dibuat. Belok sana, belok sini, kemudian aku datang menghadap diari beresolution ini.

Dah lama, maksud aku dah lama sejak kali terakhir aku datang ke sini.

Aku sibuk berparti sekarang dengan sebuah syarikat di sebelah lebuhraya. Semuanya kelihatan kelam. Aku semacam hilang punca kehidupan. Dah tak sama, dah lain macam dulu - dulu. Dua puluh empat jam tuhan berikan, lebih separuh aku hambakan kepada hal - hal yang sepatutnya aku isi dengan melepak.

Melepak la, macam dulu - dulu tu.

Dalam kesibukan aku berparti ini, aku terasa sunyi sebenarnya. Dalam kesunyian ini, aku mencari yang Esa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan