Powered By Blogger

rokok tak dibenar di restoran, 2019

Sewaktu dahulu kala, taipan di blog ini dilangsungkan melalui laptop. Laptop yang kakak aku beli menggunakan wang biasiswa JPA nya. Tak terbayar hutang budi aku kepada dia.

Sambung. 

Aku runsing kerana aku tak dapat tukar font ini kepada arial. Aku tahu font yang kau sedang baca sekarang bukan lah arial. Semuanya nampak rumit bila benda ini dilakukan melalui telefon bimbit. Mungkin aku rindu dengan laptop aku. 

Ataupun aku rindu zaman semasa aku menggunakan laptop. Terimgat ketika berada di asrama politeknik, setia aku menghadap laptop pada jam lebih kurang 12 malam, setiap hari, hanya untuk bertukar khabar dengan cinta hati. Proses ini semua bermula melalui Messenger di Facebook, kemudian beralih kepada Skype. Tak salah aku ketika tu Whatsapp sudah wujud, dan BBM merajai carta ‘instant messaging’. Aku terlalu miskin untuk semua itu. 

Apa agaknya perasaan orang terdahulu, mengirim cinta melalui surat? Tak pasti surat itu akan sampai kepada penerima, atau boleh jadi jatuh ke sungai angkara posto. Barangkali lepas ni kita boleh mengirim orang melalui telefon bimbit. 

Sudah larut malam. Untuk ingatan, tahun ini aku sudah berumur 27. 




Ditaip menggunakan iPhone 8. 

Selamat malam,
Efendi Johar_27

Tiada ulasan:

Catat Ulasan