Powered By Blogger

Aku masih hisap surya

Setiap tahun lebih kurang bulan yang sama, pasti aku mengomel tentang cuaca di Malaysia. Setiap kali pun aku akan cakap ;

“Uish panasnya! Aku tak pernah rasa panas yang semacam ni”

Setiap tahun. Walhal aku sedar yang peralihan musim ni berlaku pada masa yang sama. Kalau nak cakap pun, aku pernah tinggal di Perlis selama tiga tahun. Di situ, makhluk bertaubat sekitar Januaro ke April kerana panasnya menginsafkan. 

Aku cuma mahu berceloteh. Kebelakangan ini aku rasa keseorangan. Aku harap masih ada yang membaca, tak kisahlah Google Search yang membawa pembaca tu ke sini. 

Tinggalkan kesan supaya aku tahu masih ada yang membaca, supaya aku rasa seperti biasa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan