Powered By Blogger

Days

DUA TIGA KUCING BERLARI
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG
DUA TIGA DAPAT KU CARI
MANA NAK SAMA KAU KU SAYANG









Hari berlalu seperti biasa.Tetap 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dan 30 hari sebulan.
Setiap detik, minit dan jam berlalu terasa membazir.
Hari Isnin tetap berjumpa Isnin selepas 7 hari. Tiada beza. Tapi ini petanda
aku makin tua. Dari segi fizikal, memang tak dinafikan. Cuma berharap pada 
mentaliti                                       dan                                     pendapat
makin bernas. Tanda aku sudah matang. Tanda aku sudah boleh berpolitik.















Pada setiap tahun bulan July, ini adalah bulan yang dianggap relevan
bagi murid lepasan SPM untuk menongkah masa depan.
Tidak kesah intitusi kerajaan, persendirian, ataupun
KOLEJ              YAYASAN                AYAH                 ANDA.
Bagi murid yang kurang bijak, atau kata lainya bodoh, mereka akan
mula bekerja atau menghabiskan wang simpanan keluarga.
Dan ini adalah normal di kejiranan aku.
Ini cuma pembuka, yang aku nak tahu bukan apa.
Apa murid intelektual ini lontar bila mereka terpandang person
sebaya mereka bekerja, atau melepak. Tak belajar ke mereka?
atau,                    BODOHNYA              MEREKA?



















*sambil meniup habuk
Lama sudah sejak aku tak melawat blogger.com ini.
Walau takda sapa pun yang baca.


















20 minit aku termenung depan lappy kakak aku. Fix you hasil genius Coldplay
buat aku teringat zaman sekolah. Ciss. Teringat dekat watak - watak yang
selalu buat aku ketawa guling guling masa zaman hingusan. Dan sekarang mereka entah dimana
Teringat watak - watak yang suka memper - hiperbola kan sesuatu peristiwa,









Banyak cerita yang aku nak tulis, yang ceritanya tentang alam sekolah,dan fokus kepada remaja
dan                                                  riang                                                                   ria.
Dari satu lembar, ke satu lembar, dari semester ke satu semester hendak aku tulis, dan 
boleh/bakal menjadi satu hikayat gelak - nangis yang panjang berjela. Yang hendak menamatkanya
adalah dengan penuh siksa, membuat tuan blog ini sedih sekejap. Sedih dengan cara
tuan itu menamatkan salah satu phase hidup nya dengan penuh tragis.












Dan aku, memang sungguh alergi dengan perasaan dan terlebih gula masa zaman gemilang itu.
Aku lebih suka dan prefer benda yang di - metaforakan sebagai sesuatu macham sodium chloride.
Kalau ditulis, pastinya tidak lari dengan acuan anda, iaitu kehidupan. Dan itulah acuan semua manusia.













Apa yang saya nak kongsi bukan lah tentang pengaratan cinta, pengoksidaan dan gula.
Apa yang saya nak fokus adalah diri saya, bagaimana Efendi mengenal diri dalam
penjelajahan masa, bagaimana masa itu aku buang hingga apa yang aku jadi 
pada                                         masa                                             ini.
Cerita aku belajar mengenai periodic table, chemical change, dan teknik membuat rumusan.
Bersama kawan, aku belajar mengenai sesuatu yang tiada dalam sukatan pelajaran.
Paling penting, cerita aku belajar mengenal diri dalam perjalanan usia.


Tapi guys, ingat ini




Hidup mengajar pengalaman di luar syllabus dan kurikulum
Dan ilmu tidak berhenti di pagar sekolah semata.









Oh ya, pantun dekat atas sekali untuk Pija.
Cerita akan di-update. Thanks

Tiada ulasan:

Catat Ulasan