Hari berlalu kosong.Kosong disini bukan membawa erti sifar, kerana sifar membawa kepada kuantiti.Kosong disini membawa sifat plain, atau mudah-nya tiada apa.Sepatutnya cuti kerja pada hari rabu, tapi apekah yang manager fikir, tiba - tiba tukar jadi hari selasa nan - tak - indah.Bangun tidur petang tadi terus kena bebel dek emak pasal tak ambil gambar untuk entah - apa - apa.Tengahari ke petang, petang ke malam.Malam macam biasa, lepak dengan Nazmi, kawan yang boleh dikata rapat ; kenal sejak darjah 6.Agenda utama dalam acara kami melepak adalah merokok.Dan poin penting adalah rokok kelas ke-dua yang kami tagih sudah menjadi RM8.50.Tapi ini mungkin usaha drastik kerajaan untuk menghapus perokok tegar, dan menghalang budak tak BEKERJA addicted pada rokok.
3.16 A.M, sampai rumah.Rasanya nak panggil TV3,RTM, dan ASTRO interview aku pasal berjaya balik awal.Kalau tidak lepas subuh baru nampak muka.Ini semua gara - gara geng yang lain banyak dah start kerja, mereka meluang masa untuk tidur sambil re-generate balik energy untuk menyumbang kepada ekonomi negara melalu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.Buka saja pintu terus bukak baju, memang kebiasaan.Lepas itu terus terfikir nak buat apa. Terbaring. Dari Robbie William, ke Green Day, handphone aku dah minta nyawa.Tapi tak boleh nafi aku memang lama dekat Coldplay.They suit me very very well.
Rokok dibakar, yang purata-nya setiap batang boleh dikira sebagai 50sen.Dan kerana ini aku mempunyai alasan untuk menolak permintaan kawan - kawan yang masih mempunyai skill merayu - rokok - sebatang.Maaf, anda kena faham.Keadaan masih sama, tiada beza.Tetap kelam macam zaman mesopotamia.
Teringat pula dekat lappy kakak aku.Dengan hati seberani Pasukan Gerak Khas Malaysia, aku menyerbu masuk ke bilik kakak untuk pinjam laptop.Muka dia punya kelat.Maklumlah dah nak final, aku pula kacau dia nak tidur.Esok dia nak balik kampus dah.Laptop di switch - on kan.
Mukabuku sudah di log in.Boring juga.Tak ramai kawan yang nak join sekaki.Tidur lagi best gamaknya.
Teringgat pula dekat blogger.com ni.Tak kesah lah.Dan hasil setakat ini, seperti yang anda baca dia atas.
Mengarut petala kelapan.Aku tiba - tiba rasa rumah ini macam penjara.Sebelum itu, rumah itu adalah metafora bagi Kajang, tempat aku membesar,Rasa macam dah tak bebas.Difikirkan lebih elok duduk sahaja dibangku dimana aku duduk sekarang, sambil berfalsampah.Menulis dalam erti menaip ini, membuat aku tenang sekejap.Memikirkan masa depan yang dari awal aku dah hancurkan.Dan masa belakang yang tak pernah lekang mengumpat aku.Sedang aku menaip ini, minda bawah sedar aku menerajang masa, melihat Nelson Mandela menulis di dalam penjara Alcatraz, aku menonton anak pimpinan Hipocrates mengangkat sumpah 'Hipocrates, aku meniliti buku 'Ke Makam Bonda' karya Raden Adjeng Kartini, dan aku belayar sambil menuntut idea - idea melangkau 200 tahun oleh Tun Sri Mahathir.Dan aku ke realiti bila handphone berbunyi, bukan kerana ada haiwan meminta tolong.Tapi kawan mengundang berparlimen di mamak.Dan aku menolak.
Pernah dulu, mungkin berbulan - bulan atau lebih senang setahun yang lepas, seorang kawan datang kepada aku.Masa itu mendung, memang kena kalau Another You hasil Cromok dialun MP3.Tujuan sang kawan ini bukan datang nak bergaduh, tapi nak bertanya.
"apa yang kau dapat sepanjang belajar sastera?"
Aku kaget sekejap.Nak marah tak boleh, kerana individu ini dari aliran yang tough.Dan peluang nya ke universiti sangat tinggi, jika dibanding dengan aku.Memang tak dinafikan sudah banyak sekolah 'membuang' sastera sebagai aliran dalam sekolah yang terbabit.Ini kerana aliran ini memang tak menjamin apa - apa melainkan anda sukses di dalam SPM dan menyambung aliran tersebut ke peringkat yang boleh membuat ibu - ayah anda bercerita hebak- hebak dekat jiran.Aliran ini dipandang sebagai aliran buangan, dimana pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, akan dicampak tanpa belas kasihan dalam bidang ini.Tapi kalau diikutkan, aku bersyukur kerana aku sedar, akaun fizik sivik bio kejadah haram memang bukan mainan serebbreum aku.Pelajar dalam aliran ini hanya boleh survive jika mereka mempunyai satu skill yang tidak diperoleh oleh pelajar sains stream, iaitu bersastera. Percaya? Tak payah percaya.
Apa pemerhatian anda jika melihat seseorang sedih?
Pemerhatian : Seorang lelaki sedih.
Infrens : Seorang lelaki sedih kerana ditinggalkan cikaro nya.
Apa pemerhatian anda jika melihat sesorang sedih?
Pemerhatian dan : Aku melihat seekor merpati menangis kerana kepatahan sayap.
Infrens
Ada beza kan?
Kesimpulanya, setiap orang reti berbahasa, tetapi tidak semua orang boleh bersastera.Contoh dia macam ini.
Tidak dinafikan budak darjah 1 pastinya boleh bercakap dengan lancar.Budak darjah 1 ini reti menggunakan 'Saya' dan 'Aku' dalam keadaan yang berbeza.Tapi jika dia tak belajar komponen sastera dalam bahasa, dia pasti terkial - kial apabila anda mengajaknya 'makan angin'.Kerana angin tidak boleh dimakan, yakni dilihat.Dan ini adalah sastera.Sastera berbeza dengan bahasa.
Sudah, taknak merepek dah.
Orang tuaku,
aku akan layu bersama
kelopak bunga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan