Powered By Blogger

Terrorist

Pagi berlalu sepi. Embun begitu menyesakkan, mampu membuat arteri dalam kepala menyempit, lantas memperlawa migraine menyinggah. Kereta dalam kuantiti yang kurang di atas jalan raya. Mergastua memainkan peranan. Unggas, dan sekejap lagi ayam akan menyambut pagi yang menelan gelap. Manusia akan bangun menyelesaikan tugas yang tak pernah sudah. Dan ini berterusan hingga matahari terbit dari barat.





Aku menarik masuk oksigen bersama 3999 bahan larangan kepada budak berumur 18 tahun kebawah. Dan keluar menjadi karbon monoksida, yang juga asap kenderaan turut mengeluarkannya. Lantas naik ke udara, menghasilkan bau yang cukup menyesakkan hidung mahkluk yang bernama perempuan. Jin ? Celaka lah kau.






Aku menoleh ke arah almari. Melihat pelbagai buku. Tulang buku memperlihatkan penulis dan tajuk - tajuk yang pelik, lantas mengheret aku ke dunia mereka. Aku melihat mereka meng - eksperasikan tangisan dan kegembiraan mereka. Dan banyak tulisan yang sebenarnya aku benci, yakni mereka gagal menggunakan 'kita dan kami'. Tapi aku bersikap optimis. Mereka sudah berjaya menghasil buku. Dan aku?





Sama seperti keadaan di mana aku menulis post pertama aku, aku masih seorang efendi yang messy, masih tak memulakan rentak hidup ; hanya menghabiskan masa di kedai orang berkulit gelap berbanding kedai dari keturunan sendiri. Aku masih efendi yang tak orang perasan kewujudan nya. Aku tak pernah rasa aku kuat macam Salahudin Bin Ayubi yang menakluk Jerusalem pada 1192. Aku tak pernah fikir pengaruh aku besar macam Alexander yang menakluk dari barat ke timur. Aku tak pernah rasa aku pernah melontarkan idea yang bagus bagai Aristotle dan anak murid nya. Dan aku adahlah selalu menjadi aku, yakni seorang yang kalah. Keluarga ? nasib baik.










Kita selalu mendapat pilihan. Pilihan elok atau tidak, dan selalu kuasa menentu berada di tangan kita. Situasi ini sama bilamana anda hendak memilih barang semasa shopping. Tapi situasi membuat pilihan bukan semudah A,B,C. Kadang - kadang pilihan itu bagai mustahil seperti gurun sahara ditimpa hujan. Dan kadangkala pula pilihan itu sangat pelik untuk dirungkai, macam timur diterbalikan ke barat? Dan semuanya akan tamat selepas anda mengambil keputusan mengangkat tangan kemana dan apa pilihan anda. Anda boleh jadi kaya jika ke kanan, dan anda boleh bahagia jika ke kiri. Tapi malangnya skrip semua di tangan Yang Besar. Jika anda berasa senang, anda mungkin berada di tahap permulaan, atau sedikit malang jika berada di takuk plot. Tapi bagaimana dengan klimaks dan pengakhiran ? Tak semua yang dirancang menjadi. Pergi semula ke beg adik yang berada di sekolah. Pinjam buku english dan selak sajak Robert Frost, kalau tak silap. " The Road Not Taken ".








Diandaikan, jika betul ada pari - pari, dan dia datang memberi anda DUA peluang untuk anda betulkan semasa anda berumur 14 tahun, apa yang anda akan lakukan ?




 Satu

Aku nak lempang muka aku 4 tahun yang dulu. Lempang kuat - kuat macam smackdown lempang orang jahat. Belajar la budak celaka.








 Dua

Aku nak buang sifat rasis yang mula menular. Geli kan ? HAHA





















There is a lot word  I would like to convey, but it is such a great time for meet my bed.








Efendi is sleeping  badly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan