Sekarang ini tak habis - habis menghadap cermin . Bukan bermaksud nak memuji nak memuji kejadian tuhan secara total sambil siar dekat blog untuk buat orang bengang . Bukan . Entah mana datang tabiat , setiap malam mesti shaving . Tak tahu bila bermula tabiat baru ini . Masa kecil dulu mentality dah di set kan kepada mereka - mereka yang shaving adalah mereka yang dah besar . Dan , secara tak rasminya , aku dah termasuk dalam golongan yang pernah aku fikirkan mungkin sedekad yang lalu .
Rasa macam baru semalam bersuka ria dengan kawan - kawan 6 Ceria . Tak sibuk nak memikirkan hal - hal dunia yang remeh tapi boleh membentuk hidup . Rasa macam baru semalam teruja dapat motor masa tingkatan tiga dan menamatkan PMR dengan kehancuran . Rasa macam baru semalam saja kena ujian lisan dengan Cikgu Asiah untuk Bahasa melayu .
Pada aku , dan dalam hidup aku , ada dua fasa yang penting dan aku akan ingat hatta masa sakaratul maut sekalipun . Dua fasa ini aku namakan Fasa I dan Fasa II
Fasa I
Fasa satu ini bermula bila aku menjejak ke usia sweet 13 . Umur dimana anda hanya perlu berusaha untuk mendapat tempat yang baik untuk naik ke kelas yang baik . Peringkat ini juga anda melihat dunia , baik dari positif dan negatif . Takuk ini juga anda boleh belajar perkara yang anda tak terfikir pada momen yang lepas . Bercinta ? Ye lah tu .
Pada Fasa I ini , aku merasakan kawan - kawan adalah segalanya . Bermula dari 5 Januari 2005 , aku percaya pada masa itu aku sanggup meletakkan nama kawan sebagai waris dalam apa - apa borang sekalipun . Aku merasa mereka sanggup meledak masa mengharung pahit masin dan manis bersama . Aku belajar memandang langit , melihat betapa tingginya angkasa . Aku belajar menghormat individu - individu tertentu dengan adab tertentu , yang mungkin tak pernah aku lakukan pada orang tua ku sendiri . Dari acuan mereka , aku mencorak hidup . Tidak ada 'aku' , hanya 'kita' , dan 'kami' . Siang aku luang di dalam kamar ilmu , konon nya lah . Dan malam bertukar kepada satu kehidupan yang menyeronokkan , yang mana pelajar 20 A tidak akan faham sama sekali . Dan fasa ini secara rasminya berakhir pada 9Disember 2009.Dan tunggulah 10Disember 2010
Fasa II
Semalam pergi Bukit Mewah . Atek hebat gila dapat pelanggan yang hendak mengupah dia untuk 'dread' kan rambut . Balik saja , terus singgah Mariyas sebelah perodua . Nak cakap terkesima , berat sangat perkataan itu , tapi sorang kawan pun tiada . Makin lama makin hilang . Kadang - kadang terfikir juga , mungkin ini putaran hidup yakni semakin besar semakin hilang . Tapi tengok geng lain rilek saja . Selepas 10Disember 2009 , entah angin apa bertiup sampai hidup aku kucar kacir . Jangan imaginasi kuat sangat , cuma kawan - kawan yang dulu aku rasa sehidup semati itu semakin hilang . Aku menjangka mereka akan berada pada landasan yang sama , rupanya reality macam (.......).
Dulu aku merasa keluarga itu menyempitkan . Tiada apa nak dicerita . Tatap muka mereka bila bangun tidur sahaja . Aku merasa keluarga tak banyak membantu , walau dalam psikologi sekalipun . Dulu aku tak pernah merasa 'HOME SWEET HOME' adalah praktikal dalam hidup aku . Apa yang aku rasa untuk rumah hanya adalah tempat untuk tidur seketika . Tapi entah lah , mungkin kerana sudah matang , atau dah merasa sesuatu yang hilang , mungkin dah sedar apa yang sudah datang . Aku merasa mereka menyelesakan sekarang .
Percayalah . EEEEEEEEI gelinya .

Tiada ulasan:
Catat Ulasan