Powered By Blogger

Once upon a time

Aku rasa macam Rooney memecahkan kebuntuan gol bila Sofea Diligent menamatkan kemarau sebulan tanpa seorang yang mendail nombor aku atas alasan bergayut. Tiba - tiba rasa macam best sebab ada orang ingat selain kawan - kawan yang menemani aku dikala merempuh jadual hidup yang tak dapat di - edit oleh mana - mana pengurus kedai makan , atau secara terus terang , selagi mereka seorang manusia . Hanya Dia tahu apa yang mata aku tahu , dan hanya dia boleh merubah hidup aku bila - bila di mana saja yang Dia kehendaki .







Haru betul si Sofea . Kalau texting guna sms pun , mesti tak lari dari topik peperiksaan SPM . Tapi ini realiti , dan aku sebagai orang yang dah melalui , dan orang dah merasai , memang wajib rasanya bagi pendapat walaupun dia dari Maktab Rendah Sains Mara . Rasa sedikit   'awkward' bila nak cerita pasal pendidikan di depan seorang yang memang berpendidikan . Dan yang paling penting bila anda berhadapan dengan individu yang lebih  'go extra mile' dari anda .






Baru - baru ini ada terdengar ura - ura dari media yang kerajaan hendak menetapkan Sejarah sebagai pelajaran yang wajib untuk murid - murid lulus dalam peperiksaan SPM . Tapi kita ketepikan dahulu , kerana disini saya hendak memberi karangan contoh kepada anda , terutama sekali Sofea . Anda perlu lihat , kerana anda wajib lulus . OH , adik pai , terima kasih kerana (........) . Sila isi tempat kosong .









Kita selalu dengar soalan berbunyi   'meringkaskan karangan'   . Tapi jarang sangat kita mendengar soalan
  'memanjangkan karangan' . Dan apa yang lebih membuat ia satu mimpi ngeri adalah anda perlu memanjangkan karangan berdasarkan sebaris ayat . Dalam prinsip komando , anda perlu bersedia dalam apa jua kemungkinan . Dan kepada Sofea , soalan memanjangkan karangan mungkin boleh keluar dalam peperiksaan tahun ini . Jadi , sebagai rakan , aku ingin memberi panduan tentang 'memanjangkan karangan.


Ini contoh dia . Apa - apa yang terjadi , anda boleh mem - praktikkanya . Tiada Hak Cipta .











Diberi tajuk ' SAYA BUDAK SEKOLAH ' , anda diminta membuat karangan sepanjang 350 patah perkataan . Masa yang diperuntukkan adalah 4 jam .











SAYA BUDAK SEKOLAH








                 Apa itu saya ? Saya ialah diri saya sendiri iaitu bukan abang saya , atuk saya atau ketua kampung saya . Banyak orang menyangka saya adalah saudara mereka tetapi sebenarnya bukan kerana mereka berbangsa Gipsi . Saudara saya hanya orang Islam sahaja . Ada juga orang yang menyangka saya ini lepat pisang . Sebenarnya mereka itu silap sebab saya bukanya lepat pisang tetapi saya seorang manusia . Saya yakin saya seorang manusia berdasarkan lubang hidung saya sama besarnya seperti Encik Rizwan ketua kampung yang juga memiliki hidung seperti saya dan ketua kampung saya adalah manusia . Saya dapat membuat rumusan orang yang menuduh saya diperbuat dari lepat pisang itu tentu seorang yang bodoh dan terencat akal , kerana tidak dapat membezakan antara manusia dan lepat pisang. Kalau dia kata saya makan lepat pisang kira munasabah lah juga.




                Beberapa tahun yang lalu saya ialah seorang bayi . Saya sungguh kecil pada masa itu iaitu lebih kurang sebesar kotak kasut . Walaupun saya sebesar kotak kasut , saya sangat yakin bahawa saya ini bukan lah sepasang kasut . Saya berasa sungguh yakin kerana sejak dilahirkan tiada siapa pun menyarungkan saya ke kaki nya . Ibu saya memberi saya makan bubur dan susu . Kadang kala disertakan juga bersama Keropok Bika dan aiskrim pop . Lama kelamaan saya menjadi besar . Saya sungguh bangga kerana kini saya menjadi seorang budak sekolah .




                Pada zaman awal persekolah saya beberapa krisis berlaku . Ibu , bapa , dan nenek saya berebut mahu menyekolahkan saya mengikut kemahuan masing - masing . Ibu mahu saya masuk ke sekolah Tamil supaya apabila besar nanti saya pandai bercakap Tamiil dan boleh baca surat khabar Tamil-Nissan. Bapa pula mahu menyekolahkan saya di sekolah Cina kerana dia mahu saya pandai bertutur dalam bahasa Mandarin Siang - Pau . Tapi nenek saya berkeras mahu saya bersekolah di sekolah memandu Imkeda di Cheras kerana dia mahu saya menjadi pemandu teksi dan membawa dia berjalan - jalan di sekitar Balakong tanpa membayar sesen pun .





                 Ibu dan bapa saya menyedari niat jahat nenek saya lalu mereka berdua mengambil keputusan untuk membawa lari saya ke selatan Jerman . Di Jerman , saya menghadapi masalah untuk memasuki sekolah kerana saya tidak mempunyai dokumen dan visa yang sah . Selama setahun di Jerman saya tidak bersekolah melainkan membantu ibu saya yang bekerja di ladang epal . Sehinggalah tahun berikutnya apabila nenek saya mengirim surat mengatakan dia sudah meninggal dunia . Legalah hati kedua ibubapa saya kerana niah jahat nenek saya sudah terhapus sama sekali . Kamu sekeluarga pun balik ke Malaysia .






                 Baru sebulan kami menetap di Kuala Lumpur tiba - tiba bapa dan ibu saya dipanggil oleh kerajaan  Jerman kerana kontrek ibu saya di ladang epal belum tamat . Bapa saya pula ditawarkan menjadi askar Jerman untuk melawan kombat askar Amerika . Tinggal lah saya seorang diri di Malaysia menguruskan persekolahan saya . Dengan bantuan Harun Salim Bachik , saya dapat memasuki sekolah swasta dalam darjah Tiga Anggur . Ibu saya dapat tahu , jadi dia menalipun saya dan memarahi kenapa masuk Tiga Anggur sedangkan dia bekerja di ladang epal . Saya pun minta tolong sekali lagi sama Harun Salim Bachik dan sekarang saya belajar di Tiga Epal . Barulah hati saya puas kerana kini saya budak sekolah .





DONE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan