Powered By Blogger

Pathetic

Senyap untuk dua saat . Biola mula digesek mengikut genre sentimental . Selepas 5 saat , drum mencampur tangan menghasilkan sebuah musikal pendek yang layak digelar 'masterpiece' .






Darling Violetta' , mainkan not keramat kau (!)
 "Angel" berkumandang















Kau sangat sukakan terang . Kalau boleh kau enggan bergelap . Kau selalu fikir matahari ada setiap hari untuk menyuluh kau . Kau tak pernah berbahasa tuhan untuk mengucap syukur atas benda yang menerangi kau . Kau lalai sehinnga kau lupa yang sinar itu boleh merosakkan kulit dan membuat kau menderita Katarak .




Tapi kau ingat . Bila bulan sudah luka berdarah , matahari yang dulu kau suka dan dambakan saban hari akan malap sinarnya dan terus diselimut gelap . Kau patut sedar ini semasa kau masih hijau . Mungkin ada individu yang dilahirkan memang dilimpahi cahaya matahari yang agung itu . Tapi kau ingat , walaupun kitab 30 juzuk tidak memperincikan tentang hukum karma , percayalah yang benda itu realiti . Apa yang kau usaha , kau pasti dapat . Apa yang kau hendak pasti Pengarah turuti . Pada masa tertentu , apa yang kau minat lari dari kau . Dan apa yang kau lari akan datang pada kau . Cuma keadaan yang pengaruh kau . Dan bila kau sedar , kalander sudah berlalu dengan sepantas mega . Terduduklah lah kau . Dan cerita lah pada dunia .








Equation= 'kau' adalah sama nilai dengan 'aku'












Aku




Dulu aku tidak pernah seserius sekarang . Apa yang ada pada aku adalah seorang manusia yang selalu tersenyum . Aku lebih suka menghabis masa dari menatap helaian keramat . Aku seronok menjadi pekerja di kala orang lain sibuk mengejar nama tokok - tokoh .





Aku taknak cerita banyak tentang ini . Pasti kau bosan .





Poin disini , aku mendapat 'markah' paling bodoh dalam hidup . Hidup celaru , otak buntu . Menyesal lah kau orang tak berguna . Naikkan lah semangat kau menghadap dunia yang dulu setaraf sekarang jauh meninggalkan kau. Kau tiada apa . Majulah ke depan wahai semangat . Pergilah takut , pergilah semua .


WHAT GOES AROUND , COMES AROUND . Dan ayat ini tidak pernah menipu .







 Menggunakan kesempurnaan tangan , kaki , dan hati , aku cuba mencari rahsia di sebalik nyawa yang diberi .
Mungkin dah banyak kali aku jumpa kenyataan yang hidup ini bukan destinasi , tetapi cuma penggembaraan .
Abad ke 21 telah membuat mentaliti aku menolak sekejap kenyataan yang boleh membuat aku gembira pada
'hereafter' nanti . Betul , hidup itu adalah darmawisata , perkataan yang aku tidak pernah faham maksudnya
walaupun aku jumpa ia sering kali pada buku - buku untuk menentang kertas - kertas yang boleh mengubah
hidup dan destini seseorang pada setahun yang lepas .





Sudah lewat , waktu kerja wajib sudah sampai , aku perlu tidur









ANGKATLAH KEPALAMU,BUKALAH MATAMU
 SESUNGGUHNYA
KHUSYUK ITU BUKAN DI MATA
TAPI DI HATI














0500 key_up
0531 key_down

Tiada ulasan:

Catat Ulasan