Aku terbaring tegak di atas katil selebar 3 kaki dan 8 kaki panjang. Melihat kipas berputar, itu sahaja pilihan yang aku ada. Dan sekarang aku sedar aku punyai 2 kelebihan. Satunya, dinding batu yang mengikat kipas itu bagai cair dek panahan berjuta megawat dari mata aku. Pandangan bosan kata mata aku. Dan keduanya, terasa bagai ada tali tangsi yang menarik benak aku sebentar. Menarik kepada latar fokus, dan plot - plot yang membawa aku ke bumi sawah ini.
Sani meluncur laju. Meredah larut malam. Lagu yang terpasang sudah tidak berjaya buat aku seperti di majlis belasungkawa. Selepas 10 kilometer meninggal kan tanah tumpah merah darah, rasa sebak itu bagai disangkut pada mercun roket. Terbang laju dan meletup. Sesekali aku menjenguk tingkap. Tingkap lebih tinggi dari aku. Aku menatap awan. Aku terlihat bulan. Dan di sebelah bulan itu ada segempul awan yang berbentuk naga ingin membaham bulan tercinta. Sungguh aku tak tipu.
Baru aku faham, dan tiba - tiba meluat. Aku sampai di Kangar jam 5.45 pagi. Ulu Pauh 25 kilo di belakang. Hanya teksi sebagai penyudah. Atau aku perlu tidur di stesen bas untuk disamun? Tayar berpusing 360 darjah. Aku melihat bendang, bendang yang baru musnah akibat kejadian alam. Hala yang diniat sudah terkabul. Apa yang buat aku ternganga 180 darjah sekejap, apabila pakcik itu mengenakan RM 35. Masa itu aku masih tak sedar aku tertipu. Ceritanya apabila aku di 'habak', 'kau kena tipu pasal kau tak guna dialek utara'. Kenyataan ini difaktakan oleh rakan sebilik aku.
Okay aku dah bengang balik. Bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan