Powered By Blogger

Aliff

Sekejap. Gurun ini pernah aku nampak. Sungguh 'familliar'. Debu - debu yang tak asing bagi orang Arab itu masuk tanpa dijemput ke dalam mata aku. Aku sendiri tak sedar yang aku sedang menunggang kuda, Dan yang pasti, kuda ini berlari laju, lagi laju dari kuda yang menjadi rakyat di Malaysia.






Dekat bahu aku terikat senapang AK-47. Senapang yang sinonim sama tentera pemberontak Afghan. Wait, mereka bukan pemberontak, mereka pejuang. Aku tak tahu kenapa aku kat sini, tapi tugas aku macam kena bunuh semua orang. Eh, itu Cik Sullia. Betul ke? Dia buat apa kat sini? Mana tudung beliau? Aku jadi kaget sekejap. Baru - baru ini aku lari dari pensyarah ini kerana dia sibuk nak tengok kronologi penulisan skrip aku. Mesti nak kutuk tahap petala ke lapan punya. Tapi apa dia buat kat sini sambil menunggang kuda dan memegang senapang. Banyak soalan aku. Menderu keluar macham peluru keluar dari senapang penuh Automatik machinegun. AH, aku lari dulu








Aku ternampak sekumpulan lelaki memakai celoreng ala - ala kombat US, dan muncung senapang mereka, mereka halakan pada aku. Aku melompat dari kuda, baling bom grenade, dan tembak sampai habis 3 'magazine'. Sekejap, sekejap, aku macam pernah lihat aksi yang aku buat ini. Aduh kat mana ha?
Lagi ramai geng diorang datang. Entah kenapa perasaan takut tu tiada langsung. Aku langgar mereka dengan peluru sebesar jari. Berkecai otak mereka. Puas gila tak terkata. Peluru aku habis, aku guna parang brazil untuk rodok perut diaorang. Usus ditarik tarik, lepas itu aku pancung kepala mereka tanpa belas kasihan.
Baru saja aku nak rasa seronok, aku ternampak pula Encik Kimi datang menaiki kereta pacuan empat roda. Senapang yang berada atas bumbung kenderaannya buat aku goyang sekejap. Tapi aku lagi takut dengan Encik Kimi dari senjata itu sebab beliau kejar aku hari itu atas motif nak potong rambut aku. Aik, dia buat apa kat sini ni. Dia menggunakan Sniper, hala, dan peluru terus menuju ke dahi aku. Aku masih tak mati,



dan aku terjatuh dari kuda. Semuanya bergerak perlahan. Badan aku menghampiri tanah untuk disambut,









Celaka, mimpi lagi. Ini semua cerita Rambo punya pasal lah ni. Tengok aku dah taksub gila dah dengan Sylvesster Stallone tu.  Dah 382 kali aku jatuh dari katil kecik bangsat ini. Masih tak biasa tidur tanpa katil tercinta. Aku duduk atas katil, kepala berpusung 90 darjah untuk melihat tingkap. Tangan aku meraba mencari hanphone.






Apa ? 6.30 p.m? Aku menggelabah. Aku bersila sambil menyebut sesuatu





Macamana nak 4 flat (4643 kali)





Aku kat sini tahu tidur je. Celaka. Nak balik lah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan