Powered By Blogger

Meditasi sekali lagi

Hari itu, aku tak ingat hari apa. Aku ada loafing around dengan kawan. Tidak ingat siapa. Topik biasa. bahasa biasa. Milo yang sama. Tahap kepanjangan dan pembakaran rokok yang sama. Itu memang melekat kuat dalam memori 8 GB aku. 8 GB? Sikitnya. Orang Jepun ada berapa GB ye?





'Susah kan belajar, Fendi?'





Dialog ini tercampak pada kepala otak aku secara tiba - tiba. Susah kan belajar? Kepala aku mengangguk atas tindakan refleks pada masa soalan itu ditanya. Tapi bila aku duduk di atas kerusi dan mengamati sedikit persekitaraan, ada beza pada jawapan itu. 
Surah pertama dalam Al - Quran menerangkan tentang betapa pentingnya ilmu. Masa itu Nabi Muhammad berumur 40 tahun, dan baginda tidak reti membaca. Jadi dari segi kiasan, 'Bacalah' sebagai perkataan pertama adalah kiasan supaya kita menuntut ilmu, supaya boleh membaca. Itu dari tingkap agama. Dan hidup di zaman materialistik ini, majikan di perwatakkan sebagai penjaga tiket di panggung wayang. Dan aku bertindak sebagai penonton. Tapi faktanya, aku tidak dapat sesekali masuk jika tidak bertiket. Dan tiket di dunia ini yang paling ketara adalah sekeping kertas yang mampu menunjukkan anda produk dari satu intitusi. Pengalaman tidak dapat dizahirkan semasa temuduga. Walhal aku lihat orang yang tak bersijil apa lagi hebat kerjanya dari golongan intelektual, puji mereka untuk diri sendiri.


Jadi dua jawapan ringkas, yang ditujukan untuk aku sendiri buat aku pasti, yang ilmu itu wajib.  Secara peribadi. Apa yang aku nak sampai adalah tentang ayat yang selalu aku dengar;




' Aku dah rasa susah gila time belajar
Kalau tak kaya tak tahulah'



Yang susah itu. Apa ya definisi susah itu? Susah menyelesaikan Matematik? Susah nak melukis? Susah nak ambil hati pensyarah? Walau apa alasan anda bagi, aku berani bet itu masih dalam skop ilmu? Pernah anda buat sesuatu yang extra dan akhirnya mengeluh penat, dan 'susahnya hidup ini' ? Cuba bayangkan seorang lelaki berumur lewat remaja, seorang pelajar pandai, dari aliran celaka yang aku tak mimpi nak masuk, datang bilik ke bilik untuk menjual sosej dan burger pada 11 malam. Realitinya anda tahu sosej itu berharga RM 1.50, dan dengan renungan mata, bersama lenggok bahasanya, mampu mengheret pemerhati masuk ke dunianya. Tak perlu dia untuk berdialog puitis, melankolik. Lebam dimata dan air peluh sudah cukup untuk menghantar signal apa yang dirasa, dan sedikit tafsiran dalam, apa yang dilalu. Dengan harapan mendapat komisyen 20 sen, dia menjual setiap sosej dengan harga RM1.70. Ini baru boleh diberi label, 'susahnya belajar' , kerana dia belajar di bilik ilmu, juga belajar tentang hidup.






















Saya menang motor !




Tiba tiba aku teringat iklan Power Root. Tergelak seorang aku teringat riak wajah makcik yang dipaksa membaca dialog paling bodoh pernah aku jumpa. Heh sakai betul.









Semalam hari terakhir untuk persiapan menghantar borang pinjaman PTPTN. Kelam kabut aku nak cari tandatangan, tandakaki, dan tandatanda. Lagi terkejut bila aku tengok satu dokumen tak cukup. Surat Penyata Akaun. Sudah berapa kali aku pergi ke Kangar. Dan mesin ATM yang kerjanya mencetak surat itu sudah berapa hari rosak. Dan petang itu aku terbangun dari tidur selepas mendapat phone call dari Rudi, teman sebilik. Katanya dia nak pergi ke Bintong, dekat sahaja dengan Kangar, dan merelakan diri untuk mencetakkan surat sakai itu. Aku diminta lari ke pagar di hujung blok secepat mungkin, untuk menyerahkan kad. Terhuyung hayang aku berlari. Sampai depan Rudy, aku tersenyum dan balik ke bilik. Dan efek bangun terkejut tadi masih tak hilang. Aku hanya boleh lihat outline subjek sahaja. Tahu apa itu outline ? Kira aku hanya nampak bentuk luaran. Detail seperti hidung, mata, dan mulut semuanya kabur. Sampai senior sem 6 semuanya aku tegur kerana takutkan mereka adalah pelajar sem satu dan mereka akan mengumpat yang aku ini sombong. Walhal aku dah tak cam siapa siapa pun tatkala itu. Aku terbaring macam mayat. Ini migraine ! Dia datang lagi. Kenapa dekat sini. Sebelah kepala aku dah macam ditekan tekan dengan penukul. Urat di kedua dua belah dahi macam nak terkeluar. Lampu kalimantang dah jadi macam radioactive. Berbahaya. Bunyi pintu dikuak buat aku menjerit. Aku berselubung selimut. Sejuk rasanya walaupun suhu di luar mencapai 36 darjah selsius. Suhu yang menarik pelancong eropah datang mengepam duit pada ekonomi ' small country big hopefully '





Menangis. Jangan gelak. Sakit. Sungguh tak tipu. Habis minyak kapak aku tuang pada kepala dan ulu hati. Aku terjerit perlahan. Roomates hanya mampu memandang. Malu aku untuk berhajat pada mereka, demi  memicit kepala aku. Masa ini seorang sahaja yang mampu buat aku tenang. Seorang perempuan yang boleh buat badan aku panas. Emak. Waktu waktu ini pasti ada ucapan nya. Ucapan yang mampu disebut siapa sahaja yang reti bercakap. Tapi nadanya dimiliki seorang sahaja. Lagi sekali, menangis kerana sakit ya. Bukan kerana rindu segala bagai. Cuma kadang - kadang aku tak sedar perkara remeh yang selalu dibuat orang sekeliling. Dan bila mereka tiada, ketiadaan itu betul - betul terasa. Akhirnya, sepotong ayat yang di text kepada emak. Selepas itu aku terlena. Terlena bersama sakit yang tiada ubat tablet. Sumpah sakit.









Kertas bertimbun tak buat ini sapa nak siapkan? Kau ?





So long as men can breath

2 ulasan: