Angin yang aku pinjam dari pencipta masuk perlahan dari tingkap yang dilindung sehelai kain biru.
Masa bergerak perlahan. Bijak kalau anda memetaforakan masa dan angin tadi. Persamaan mereka adalah
sama. Winamp yang aku set - kan random, telah bertukar ke musikal tema Harry Potter, dari album
L'amour De L'hiver. Minit pertamanya penuh dengan alunan seram. Perlahan - lahan bertukar irama.
Pandai Richard Clayderman. Memang layak musikal ini diletak sebagai musik tema filem hasil adaptasi
penulis terkaya dunia; J.K Rowling. Agaknya Rowling ini pakai otak apa ya? Leonardo Da Vinci?
Dan realitinya, jika dibanding duakan, secara peribadi, aku lagi suka untuk menatap novelnya
dari filem. Banyak percanggahan dari idea asal. Habis hilang imaginasi aku.
Semalam hari jumaat. Hari jumaat bermakna hari itu terkandung satu perkara yang dilabel sunat
muaakat. Solat Jumaat. Aku sampai ke pusat Islam lewat sedikit. Hari itu Cik Din pensyarah paling lancang
di muka bumi memberi khutbah. Oleh kerana dia jenis yang bersemangat, dia pandai dalam taktik
untuk membuat audien tidak bosan. Dia bermain falsetto suara dengan bagus sekali. Aku jadi
tertarik. Tapi itu bukan poin sebenar untuk dikhutbah. Apa yang membuat aku awkward disini jika
dibandingkan di Kajang, disini khutbah memdiskusikan tentang hal semasa dalam persekitaran
kampus kami. Dan di masjid lain, imam akan bermusyuwarah tentang hal semasa dalam konteks awam
iaitu tentang hal Malaysia. Ini tak penting sebenarnya, saja aku nak tulis. Dalam khutbah tersebut,
dia menyatakan tentang perpaduan antara kami, tentang hal kecurian yang statistik yang meningkat
mendadak secara tidak rasmi akibat tiada pengaduan selepas berlaku kecurian. Dan yang lagi ganjil,
Cik Din juga dalam nada mengugut, berkata kami semua akan melakukan solat hajat kepada individu
yang meletupkan mercun lewat dua minggu ini. Sungguh kalau aku pun, aku nak picit limau dalam mata
si bangsat itu. Lewat pukul satu pagi, sebiji mercun yang aku jangka antara mercun ketupat
atau bola dinyala apikan dan di campak di tengah kawasan antara semua blok. Mercun itu sudah cukup
kuat. Bayangkan kampus yang tertutup dan senyap, yakni jarum jatuh pun boleh dengar, dibom dengan
mercun yang sama kuat dengan atom yang hanguskan Nagasaki. Hiperbola saja. ok?
Dan poin terakhir, Cik Din menyindir pekat kepada kalangan pensyarah. Katanya, pensyarah sebagai orang
tua takut untuk menegur kesalahan orang muda. Maksud kesalahan itu adalah duduk berdua - duaan atau,
individu yang tidak menutup aurat. Dan semua perkara yang di klifikasikan dalam aras zina. Waima zina
mata sekalipun. Cik Din yang merangkap warden ini memang aktif dalam hal macam ini.
Aku ingat lagi semasa aku masih dalam Program Laluan Kecemerlangan, iaitu tujuh hari paling
celaka dalam hidup aku. Di depan aku, Cik Din hampir - hampir menghentak komputer ribanya ke
kepala sepasang kekasih yang duduk berdua, pada satu meja. Berdosa katanya kalau tidak ditegur.
Kalau betu dia balun pun, tak boleh salahkan dia kan?
Tiga hari sebelum hari jumaat itu, satu perjumpaan antara warden dan pelajar. Ini bukannya ada pilihan, samada nak pergi atau tidak. Suis penjana semua bilik Aspura ditutup. Maknanya tidak akan ada sebarang arus elektrik yang dijana sepanjang pukul 9 - 11.30. Negara ini cukup demokrasi. Tapi kampus ini aristokrasi. Ada pilihan lain tak?
Dalam perjumpaan ini, seperti biasa dibincangkan persoalan tentang pelajar, dan perwatakan seorang warden. Berbuih telinga aku. Tulang patah tiga. Tapi yang buat aku ter google mata aku bila Cik Din menyumpah seorang pelajar di depan nya. Katanya pelajar itu seorang munafik kerana dia memakai kopiah dan kain pelikat. Aku pelik. Sambung dia, pelajar itu pernah menipu dia di depan pagar kampus, katanya dia dia duduk di rumah sewa, walhal sebaliknya.
Sila nyatakan kerelevenan anda, Cik Din. Anda betul - betul buat semua orang ternganga.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan