Powered By Blogger

Propaganda

Memang cool kalau anda boleh rasa perasaan meluat apabila dianjing untuk mendengar taklimat disiplin dari warden. Semuanya berkisar tentang hal - hal yang memang manusia sendiri boleh faham waima tak ke sekolah pun. Selepas dua jam menahan sabar, semuanya aku lupakan apabila terjumpa not RM 10 di depan kafe eksekutif di mana laluan dominan untuk ke dewan harummanis. Tersenyum kambing sekejap. Banyak benda boleh dibuat dengan not keramat ini. Hehe. Serius aku tersenyum ni.




Nobody perfect, perfectly imperfect, atau no one perfect. Aku kira perkataan ini memang sudah cukup untuk buat cuping telinga anda meluat demi menghadap perkataan yang biasa ini. Memang tak boleh tolak, aku pun sudah jadi lali dengan queotery tentang itu tentang ini, seperti ini. Tapi, 2011, Arau, dan persekitaraan betul - betul memang nak tunjukkan perkataan depan batang hidung aku.




Anda tahu apa itu lukisan? Jangan tanya aku. Dua tahun memanaskan kerusi di sekolah betul - betul tidak dapat melembutkan tangan aku walau untuk melukis pokok sekalipun. Secara total, memang bukan salah guru. Dan sebagai mewakili diri sendiri, aku terpaksa mempertahankan diri bahawa ini bukan salah aku juga. Aku pernah cuba untuk jadi proaktif dan agresif. Bila dipraktikkan, karekter Goku yang aku sibuk lukis dari darjah tiga sampai sudah jadi belia masih tetap macam sampah. Lebih teruk dari sampah. Konklusinya, seni itu memang dari usaha. Malang sekali, kadang - kadang seni memerlukan bakat. Jangan bangkang. Mungkin sebab anda semua memang berseni. Itu senjata.



Awal minggu ini, Sathiya Manoharan mengedar tiga helai kertas yang isinya terdapat soalan - soalan yang buat aku garu pelipis. Fundamental of Art kan? Soalannya ringkas sahaja. Titik perspektif, dan shading untuk bayang - bayang. Topik ini sudah sepatutnya aku khatam sewaktu aku berguru dengan Maharani Aminah Abd Wahid, guru kelas merangkap cikgu seni masa sekolah. Sudah aku azan dekat pensyarah kerdil ini, aku sudah cuba sebaik habis. Dia habaq dia hulur nombor 0 sebagai hadiah jika lukisan perspektif tidak jadi seperti dalam sereberrum dia. Selepas dua cubaan, masih gagal dan gagal. Dengan muka sedikit kelat, aku bermonolog luaran, tapi dapat didengar pernsyarah itu.



"Nak bagi 0, bagi je lah
Saya boleh buat apa.''


Dia memandang. Siap sebut nama penuh. EFENDI JOHAR. Arahan dia, bawa arca yang memang patut dihantar esok ke pejabatnya, dan jumpa dengan penasihat akademik. Memang sungguh masa itu tiba - tiba rasa rasis sekejap. Tapi cepat dipadam demi emaaaak dekat rumah. Kang kalau GB ( gagal bergaya) naya je aku. Dan kesudahan nya, arca berkumpulan yang dihantar aku seorang dikritik teruk, dicampur dengan teknik basuhan gaya orang berumur. Jangan kau bayang pula kalau pensyarah di sekeliling turut menyumbang suara atas alasan nak melihat aku AKJ. Gila. Tugasan satu apa pun tak buat nak 3.5 ke atas? Jangan mimpi. Urusan  pinjaman pun aku suruh kakak aku buat. Boleh tak pasang The Scientist hasil Coldplay? Tolong lah.




Oh. Sudah 0229? Dekat 30 minit aku taip benda ini? Kawasan hijau ini betul - betul menutup aerial otak aku. Dan yang luar tabiinya, 0229 sudah layak dipanggil lewat gila. Betul betul merepek. 





Oh nanti aku edit entry ini. Memang tak preview pun. Terus post. 





A coward die many time before their death.
But brave taste the death only for a once

Tiada ulasan:

Catat Ulasan