Powered By Blogger

Goes close

Tekak aku macam ditanam paku berkisar kaca akibat panahan suara demi kemenangan Malaysia pada lewat malam rabu. Rasanya kalau anda betul-betul memasang telinga, mungkin anda boleh mendegar jeritan gol aku walaupun anda berada di Chicago dan aku berada di rumah kedua, Arau. Dan kerana kemenangan bercampur hadiah AS $100,000, Perdana Menteri telah mengisytiharkan cuti umum demi kemenangan berganda untuk tahun ini. Syabas Safee Sali anak Kajang.



Habis saja kelas, Azhar terus jemput aku balik sekali. Dia orang bangi. Senasib lah dengan aku, sepatutnya balik chinease new year, tapi sebab nak uruskan urusan pinjaman, aku dengan rela mengangkat kaki pada jam 2 petang tanpa mem-booking sebarang tiket. Sampai Kangar lebih kurang setengah jam selepas pukul 2. Tanpa segan silu kami terus membuka bicara kepada abang yang badannya sebesar Drogba dengan bangle saiz tayar lori di tangan.


" Abang tiket paling awal ke Kajang pukul berapa? Pukul 3 ada tak?

okay tambah montaj dan bunyi latar




" Eh ini bukan bas abang, dik. Bas paling awal pukul 10 "



Aku jadi kaget sekejap. Wadahel men sekarang pukul 2.30 bas pukul 10. Nak balik kampus apa gila tambang RM20 memang boleh buat makan 3 hari tu. Dan dengan semangat Leftenan Adnan, aku menyerbu KFC untuk melepaskan geram. Jadual seterusnya adalah surau. Dan masa berlalu perlahan.



Sejam sebelum bertolak, aku melepaskan dendam kesumat atas 3 jam kelaparan. Restoran Ibrahim Maju Corner. Betul lah kata pelawak tanah air, jangan bagi kaum Mamak masuk stadium bola. Kalau tidak habis setiap sudut dia bukak kedai makan. Kang macam mana Beckham kesayangan nak ambil corner kick. Saja aku pesan maggie goreng. Lama sudah tak jumpa menu goreng - goreng sejak melangkah kaki ke tanah hijau ni. Nasi campur macam dah sebati dengan darah merah. Sampai aku dah muak. Sebelah kanan aku adalah Azhar. Sebelah kiri aku terdapat sepasang pasangan yang aku pasti mereka belum berkahwin, sedang enak membaham apa yang terhidang. Dan di depan aku terdapat sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada seorang suami/bapa yang berumur lewat 20an, isteri/ibu 25-27, seorang budak kecil berumur lebih kurang 6 tahun (muka dia macam Amani Adamaya) , dan seorang budak kecil dalam lingkugan 3 tahun.



Anak bongsu kelihatan ligat sekali. Dengan matanya lebih kepada warna coklat, berambut kerinting, memang sudah cukup untuk menarik perhatian umat manusia. Sedang duduk di atas kerusi, dia cuba mencapaikan kakinya ke atas meja. Berulang - ulang kali. Walau sudah ditegah dan disumpah jatuh, dan tergolek betul - betul. Pasangan yang tak tentu hidup bahagia di sebelah kiri aku melemparkan kata - kata yang kurang elok. Dikutuknya budak yang agak agresif dan proaktif itu. Kau apa tahu?




3 hari lepas, sedang aku pulang dari kelas dan menuju ke asrama, aku terkejut dengan kunjungan segerombolan budak - budak yang di datang khas dari Pahang. Kata kawan mereka sedang melalui kem, sempena menghitung hari sebelum bergelar semula murid sekolah. Kepala aku terdorong 45 darjah ke kiri, kearah padang sambil mengamati gelak ketawa mereka. Mereka sedang melayan kepala menikmati masa - masa riadah. Tanpa mengira darjat, mereka sama - sama menendang bola mencari gol.




Tengok mereka riang buat aku dengki sekejap. Mereka hidup tanpa sebarang dosa waima dalam agama sekalipun. Buatlah apa pun, pengakhirannya hanya anda perlu menghadap sedikit makian, kalau malang sedikit, beberapa sebatan dari hanger baju. Apa yang anda perlu lakukan adalah menitiskan air mata selaju kereta api dan menjerit melolong meminta ampun. Dan semuanya akan selesai.
Jika dilihat dari perspektif yang tipikal, kita mungkin kadang - kadang menyampah dengan kanak - kanak. Tapi landskap pemikiran aku bertukar tiba - tiba, secara drastik. Budak memang banyak bertanya. Kata orang tua, seseorang yang matang dan senyap adalah kerana masa kecilnya sebarang pertanyaannya tidak dijawab atau selalu dimarah. Alangkah bagus kalau aku dapat kemahiran banyak bertanya ini. Tak kisah lah dari segi apa pun. Kalau tak mesti dah 'go extra mile'




Budak yang tak matang juga tak pernah memilih kawan. Kawan itu sesuatu yang tipikal. Apa kata kita gantikan dengan darjat? Ha nampak lebih matang kan? Memang macam satu trend hidup pada zaman komtemporari ini, masyarakat lingkugan usia - usia aku membahagikan komuniti mereka. Yang memakai pakaian yang di orang-tengah kan oleh butik di Pavilion semacam menjadi hukum haram untuk berkawan dengan individu digelar compang camping secara tak langsung. Yang kaya layak untuk berada, yang miskin hanya untuk fakir. Tengok macam budak - budak. Cool kan?



Apa guna pasir bertimbun,
Kalau tidak setinggi duduk,
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup.




Aku ingat lagi. Dengan jelas aku dapat gambarkan. Masa dalam darjah 4, selama 2 tahun hingga ke darjah 6 aku menangis merengek kerana hendakkan Playstation 1 yang memang grrrrr. Spirit itu kalau boleh aku nak seru semula. Spirit yang kata Soekarno, boleh menggerakkan Gunung Merapi dan menjajah satu dunia. Banyak appliances yang memang kalau boleh aku nak sangat. Tapi sebarang hasil memang tak pernah keluar dari keringat. 




Entry yang dikarang siang hari memang tiada makna. Maafkan daku.
Bukan berkhutbah, cuma betuli diri jua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan