Lega sungguh aku rasa. Bertambah sebulan aku di tanah bendang ini. Dan hari ini, aku dilepaskan seketika dari segala ikatan kerja yang mustahil untuk aku lari, selama 3 tahun. Kepala aku berat, tapi sengaja aku kosongkan demi membuang segala ingatan tentang lukisan yang di - reject atas alasan warna tidak sekata. Kadang - kadang aku merungut kenapa jurusan perfileman wajib menuntut seni lukisan, padahal lesson ini ke arah bidang animasi. Hati kering gila babi, aku membawa diri pulang ke rumah bersama tugasan yang sepatutnya dihantar hari Jumaat. Sathiya, please terima kertas sial ini hari Isnin. Boleh?
Bercerita tentang Sathiya ini, kadang - kadang timbul perasaan rasis aku. Pernah aku paut - pautkan sedikit perkataan durjana ini dalam previous post aku. Benih rasis ini aku percaya memang tertanam pada setiap insan bernama manusia. Keadaan sekeliling yang kompetitif akan membentuk dan membesarkan benih tersebut. Jika kelam keadaan sekeliling, benih itu akan bercambah baik. Daun - daunya akan melahirkan oksigen negatif dalam hati setiap individu. Dan perasaan yang timbul akan melibatkan perkataan. Jika perkataan itu terlontar, aksi akan menjadi respon. Dan respon ini akan membuat individu lain tidak akan menyedut oksigen asli buat selama - lamanya. Berbeza pula jika benih tersebut tertanam pada hati individu yang tinggal di persekitaraan yang penduduknya liberal, demokrasi, dan hollistik. Keputusannya, anda jangan terkejut jika nampak 3 kaum utama jalan bersama, sambil tangan di bahu antara mereka, bersama. Pakar psikologi dan sosiologi sudah menjalankan kajian. Ini aku dengar semasa aku menghadiri forum Ma'al Hijrah di Kangar anjuran kerajaan negeri Perlis. Panel yang dijemput datang dari beberapa universiti terkenal. Yang bercerita tentang hal ini adalah panel dari Universiti Malaysia Perlis. Katanya pakar P&P mengeluarkan fakta, pergaduhan dan pergolakan di antara rakyat(kaum) akan tercetus jika ada perbezaan agama, bahasa, budaya, dan warna kulit. Ke empat - empat poin ini sememangnya wujud dalam senario Malaysia kini. Aku muhasabah diri sekejap. Jika salah perkataan dari sesuatu kaum, Malaysia ini jangkanya seperti bom TNT, bila - bila boleh meletup. Hal ini pernah berlaku. Sila selak buku kenapa Rukun Negara diwujudkan.
Ahah. Stanza di atas sebenarnya mukadimah sahaja. Semalam aku menonton filem tanpa censored tentang pergaduhan kaum. Nak kata filem, durasinya tak sepanjang filem biasa, agak pendek. Tajuknya ' Gadoh ' dibintangi Mohd Zahiril. Filem pendek ini mengisahkan tentang sikap rasis melampau murid - murid Melayu terhadap murid - murid Cina. Hajat sebenar aku nak terlena sebentar. Habis segala kelas dibatalkan hari ini. Dan jam, baru pukul 10.40. 2.30 minit sebelum masuk waktu solat Jumaat. Akhirnya aku mengalah. Seronok pula aku tengok pelakon utama itu mengangkat kerusi dengan harapan untuk menghentak pelajar Cina. Aku layan. Plotnya menarik. Pelakon tambahan juga penuh variasi 3 kaum utama. Yang buat aku ternganga sekejap adalah ketika mendengar dialog - dialog yang dilontar. Tak perlu di sebut disini. Amat biadab. Keseluruhannya, cerita ini bagus. Pertengahan cerita, mereka semua berkawan kerana dikumpulkan dalam sebuah kelab, kelab teater. Cuma ending nya kurang panas. Aku mengharapkan sesuatu luar biasa. Tapi apa kan daya.
Habis sahaja solat Jumaat, aku ke kafe bersama Pa'an. Lapar katanya. Aku pun tidak membangkang. Hanya makan nasi lemak sebagai makan terakhir iaitu pada pukul 7.30 pagi. Macam puasa aku rasa. Dan seperti dijangka, kafe lengang, lengang sungguh. Lengang manusia, lengang lauk pauk. Persamaan linear nya adalah, jika manusia tiada, lauk yang banyak akan menjadi penghuni tong sampah pada lewat malam. Dan aku faham. Hari ini hari terakhir kelas sebelum cuti Tahun Baru Cina. Dan tiket keretapi aku tertulis jam 7. Ada banyak jurang disitu. Rasanya ingin bermain kejar - kejar dengan warden. Ikut hati, nak saja aku panjat ke blok Aspuri dan dengan sengaja membiarkan diri dilihat warden. Aku rindu degupan 200 kilometer dari jantung aku. Kali terakhir perasaan itu singgah masa waktu sekolah, waktu hingusan.
Waktu aku makan, aku termenung melihat seorang wanita tua. Cleaner blok Aspura. Berbadan gempal, berkulit gelap. Bahunya terkiut - kiut ketika berjalan. Tanda dia sudah uzur. Tapi dia tetap rajin. Tetap buat tugasan. Walaupun pelajar lelaki sering lupa untuk flash selepas pee. Dan dia mengambil alih tugasan yang tak sepatutnya menjadi tugasan dia. Apa yang dia perjuangkan ya? Untuk anak? Mulianya dia. Beberapa kali dia mengeluh. Mengeluh panjang. Mungkin signal penat katanya. Pernah aku muhasabbah diri mengenangkan keringat yang dikeluarkan orang tua aku. Cuma belum cukup ekstrem seperti hari ini. Melihatnya, aku kunyah makanan perlahan - lahan. Lebih dari 40 kali rasanya.
Emak tak pernah marah aku balik lambat. Maksud aku masa aku darjah 6. Memang tak relevan kalau budak berumur 12 tahun pulang selepas subuh. Dan dia bersifat terbuka. Yakin akan aku. Emak tak pernah mengamuk gila babi sebab aku malas belajar. Dan skill menasihatnya akan keluar bila aku sedih ketika slip di tangan. Dan dia bersifat terbuka. Dia yakin. Emak tak pernah bagi alasan tak munasabah ketika aku mengambil keputusan hendak bekerja sambilan ketika tingkatan empat sampai habis sekolah. Akibatnya, dia yang menjadi loceng penggera untuk mengejut aku ke sekolah setiap pagi. Akibat letih. Dan dia bersifat terbuka. Dia yakin. Emak tak pernah bising ketika aku secara tidak sengaja meng - eksiden kan motor abah. Dia yang menjaga. Dia yakin. Emak yang sibuk tanya aku samada berduit atau tidak sedang aku hidup di tanah bendang. Walhal dia sendiri tidak nampak aku rajin atau malas disini. Dan dia bersifat terbuka. Dia yakin.
Banyak lagi masalah. Banyak lagi permasalahan yang pernah aku timbulkan. Dan dia yakin. Yakin aku akan menjadi orang. Itulah ibu kan. Dan kau juga mempunyai satu? Hargailah.
Penat. Terima kasih. Oh btw, aku rindu kau. Titik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan