Powered By Blogger

Bencinta

Sejuk. Sesejuk sejuk. Sejuk yang tak dapat di ungkap. Pernah aku pergi Tanah Tinggi Genting dulu. Maksud aku Tanah tempat melampiaskan nafsu itu. Hujan tak berhenti turun. Dari pagi hingga ke petang. Dan sengaja encik Awan forward hingga ke malam. Rezeki kata ustazah Azirah. Ye, rezeki. Tapi entah kenapa hati rasa memberontak, rasa nak mencarut marah. Segala program dibatalkan. Hari emas ini aku isi dengan bermain PS2 biru. Bola dan bola. Rasanya isteri encik Awan minta cerai agaknya. Dan air mata dia turun mencurah. Mencurah ke tanah. Tanah yang diguna manusia. Tapi aku rasa seronok bila dapat pakai sweater waktu tengah hari. Akhirnya bersebab juga kalau di tanya orang. Baru lah Amerika. Baru lah sekularisme. Baru lah demokrasi. Kata orang intelektual. Kau buat kelakar.


Beberapa kali aku membelek jam dan kalendar pada telefon bimbit. Masa yang berlalu ini aku rasa lagi mahal dari pasaran emas. Walau harga emas RM100 sekilogram sekarang. Satu jam disini keseronokannya bersaman tiga hari aku duduk di Kangar. Dan masa itu berlalu maha cepat. Lagi cepat dari gelombang bunyi, lagi ultra dari cahaya. Dan aku sedikit kesal kerana hujan. Walaupun tahu ia adalah rezeki. Manusia memang tak pernah bersyukur. Mungkin persepsi aku berubah kalau melihar keadan di Afrika secara langsung. Tapi kita di Malaysia kan? Maksud aku, poin dia, kita perlu bersyukur. Ok?


Aku dapat panggilan dari Husaini Amer tadi. Mahu loitering katanya. Dia teringin makan nasi kandar Pelita di lembah Klang. Aku ikutkan saja. Lama betul tak bersua dengan dia. Dah sama tinggi. Dan belajar di cawangan kampus yang sama. Dia betul betul mengingatkan aku tentang memori indah tingkatan dua dan tiga. Seorang budak yang kurang tinggi(okay, cakap pendek je lah), berbadan agak sasa, dan senyuman yang tak pernah lekang. Aku teringat dulu, dia masuk ke kelas. Berbau rokok.


' Rugi tak ikut. kalau tak dapat rokok'


Aku tergelak. Kemudian dia tersendawa. Dan yang buat aku gelak besar, dia tersendawa dan asap karbon monoksida terkeluar dari mulut dia. Jin aku cakap. Dia tak pernah terasa marah segala bagai pada kawan - kawan. Segala appliances milik aku, milik dia juga. Begitu juga sebaliknya. Sama - sama kami tergelak tersengih sumbing masa ustazah minta kami ke depan membaca surah hafazan. Dan dia pernah mengaku pinjam buku aku di depan Puan Amrah, walhal sebenarnya aku tertinggal buku tersebut di rumah. Dan dia dirotan di telapak tangan. Orang Sungai Jelok ini juga pernah merompak kiosk di sebelah kantin, dan membawa coklat sebalang, istimewa untuk aku seorang. Masa aku melalui part paling susah dalam hidup, bekerja sebagai pencuci kereta, dia yang membakar semangat, membelanja nasi lemak sepinggan yang berharga RM1. Walaupun poketnya berisi RM2. Kesudahanya, air botol milik murid perempuan dikebas, dan diteguk. Aku pernah berlari, berlari bersama dia. Pernah aku jatuh terduduk, dan dia tolong membangunkan. Pernah aku khayal, dia yang menyedarkan. Bersama - sama dia aku lalui usia yang tak dapat di rasa seumur hidup ini buat sekali lagi. Bersama dia aku belajar memanjat pagar, bersama dia aku belajar menyelesaikan persoalan matematik. Dan kami dipisahkan dengan sehelai slip. Slip yang membawa dia ke sekolah lain.

Haha. Aku menaip bukan dengan eksperesi sedih. Tak langsung. Tapi betul kan, kerja boleh ditukar ganti, anak dan isteri bersepah di luar. Kalau gagal subjek di institusi, boleh carry lesson untuk di - forward untuk semester depan. Tapi masa - masa berharga, masa kita memakai seluar hijau baju putih haram untuk diulang.


Sebenarnya aku nak taip tentang topik lain. Alang - alang pasal kawan, aku tulis pasal kawan. Walau yang baca blog bodoh ini hanya 3 orang, mengikut follower aku. Ahah, by the way, aku masih tak faham dengan sistem blogger ini. Entah mana nak browse blog lain. Nak follow orang pun ngak mengerti nak tekan mana. Heh. Okay ini senarai beberapa kawan. Setakat ini maksud aku.




Nabil

Takda sebab kenapa aku kena letak dia sebagai first. Walaupun tak rapat sangat macam dulu. Dari kecik. Dari kecik sampai sekarang kenal.  Perangai dia dalam poket aku. Messy, tapi pendirian tetap. Basuh lah macamana pun. Dia lagi prefer selekeh dari segak semacam. Sekarang gila gadjet. Sekolah rendah ke menengah, pernah bersama - sama kerja di restoran Melayu di Nilai. Dan juga pernah membasuh pinggan bersama di Kenny Rogers. Tapi kau dah lain lah, Atan.




Farhan

Bodoh. Haha maksud aku bodoh - bodoh. Kenal masa 2008/ tingkatan 4. First Impression aku dulu, ' budak ini banyak masalah'. Kenal dia melalui Ajan. Bersikap liberal dan optimis dalam semua aspek. Kalau diberi peratusan, 80% dalam keadaan, dia akan cuba mencuba. Hardcore. Sekarang dah dreadlock. Sebab itu aku kata dia berani mencuba. Walau dalam taman ni tak sampai 4 orang buat benda itu. Jadi awek - awek sekalian, ngorat lah beliau.



Nadzmi, Ajan, Apis, Abe. Dulu tak perasaan pun warna - warna makhluk gila ini. Bila tak jumpa seminggu, aku dah mula rindu lawak - lawak slapstik mereka. Oh ya, tak lupa pada Ben10. Jangan tanya apa itu Ben10.









Dua tahun yang lepas. Masa - masa yang lagi padu. Penuh simbolik. Tak pernah realistik. Yang hanya ada satu senyuman yang menampakkan gigi. Rokok di bibir satu inspirasi, kawan yang elok satu motivasi. Tidur ya? 40 minit aku bazir untuk satu post bodoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan