Betul kata orang, nak mulakan memang sesuatu yang kritikal.
Mungkin aku perlu inspirasi kot. Eh? Alasaan atau, alasan?
Betul lah. Serius aku perlu ispirasi.
Ada orang terinsprasi bila tengok muka mak.
Ada kawan terinspirasi bila tengok perempuan cantik.
Ada saudara terinpirasi bila tengok duit.
Aku terinspirasi bila tengok cuaca.
Aku terasa inpirasi itu menjenguk selepas satu jam terbit fajar, kebelakangan ini. Aku terasa aku tinggal di kota-romantik, Paris. Kabus yang selalu aku idam semenjak Januari menjenguk, akhirnya pecah pun dara.
Hujan tak berhenti. Bila berhenti, aku hilang inspirasi. Idea aku macam di parut pada mesin, terus hilang macam buruj skorpio.
Lalu aku menulis (menaip).
Kata orang, menulis boleh meng-ekspresikan perasaan, jauh lebih baik dari bercakap dan berkata-kata. Realitinya, kalau aku mampu berkata, tiada mahkluk yang sudi mendengar, agaknya lah.
Aku menulis bukan sebab aku nak cipta dunia fantasi aku, atau dunia fantasi kau. Bukan. Aku nak contengkan sedikit apa yang aku rasa, apa yang aku lihat, dan apa yang dengar.
Aku tak banyak ilmu. Aku cuma tahu kisah hidup aku, dia, dan mungkin engkau. Itu sahaja aku mampu cerita. Aku tak pandai nak buat hati kau riang, cuma kongsi apa yang dirasa, lumat ke dalam hati. Mungkin.
Aku tak pandai melukis. Jadi aku tak reti nak 'draw and paint' perasaan aku supaya kau dapat lihat secara fizikal. Aku tak pandai menyanyi, jadi tiada gurindam jiwa lagu bahasa untuk aku dendang. Hanya tulisan. Dan tulisan.
Nak dikongi cerita aku seorang, nanti kau meluat. Jadi aku kongsikan ceritera keluarga, tentang aku, dan kawan aku. Tanpa bahasa bunga, aku sungguh kondem dalam bab jiwang.
Baru aku perasaan, dunia ini ibarat bilik darjah yang besar untuk kita kongsi bersama, dan bersama-sama. Sebagai 'Allah' pengetua yang paling tinggi, kita mengorak langkah mengikut Qada' dan Qadar'. Sekali lagi, kita bersama.
Walaupun selalunya aku rasa, aku seorang.
Aku nak menjerit biar satu dunia dengar aku. Tapi, bodoh lah kau ini.
Siapa yang baca ini?
Biarkan aku berjalan. Kadang-kadang laju-laju pun boleh buat tersungkur kan?
Telinga mana mahu dihidang cerita bodoh?
Mungkin hanya kau wahai jodoh?
Sedarkan aku dari lumpuh, wahai si jodoh,
Datang lah jernih, pergilah keroh.
eceh, buat pantun empat kerat konon.
Foto oleh Bob Mizi. Kelopak bunga layu di belakang Eifel Tower kan? |
bunga!
BalasPadamini lah bunga yang selalu aku dok bagi kau zang
BalasPadam