Powered By Blogger

Tolak

Ya Allah, selamatkan saudara Islam kami


God, please show some pity on us. Jesus help us.


Tuhan Sivanesan, tolong jangan kau musnahkan tanah kami.


Buddha, ampunilah dosa kami.





Antara tuhan yang paling banyak dianuti di muka bumi. Mereka sentiasa diingati, disebuti, dan penganut akan berjuang bermati-matian apabila tuhan mereka dipersenda.



"Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan."






Ayat pertama aku nampak bila buka Google Chrome. Satu-satu soalan keluar dari akal, dan dizahirkan dengan mulut. Masing-masing yang dalam bilik takda idea nak respon apa.








Dinding Facebook aku penuh dengan kata-kata belasungkawa, yang ditujukan utamanya pada negara matahari terbit. Sambil diteman broadband yang lajunya tak kalah dengan beca di Padang Hilir, aku tergakum sekejap dengan kekuatan air yang membuat kereta-kereta berkualiti Jepun dihanyutkan sama macam sampah di sebelah longkang surau kampus aku.






Betul kata-kata lanun dari 'one piece', "air yang tenang dan lembut itu, pernah beribu-ribu kali merentap nyawa manusia".




2004 dahulu pernah berlaku kan di Acheh? Maaf, aku tak mengambil berat sangat dengan hal dunia pada masa itu. Otak aku sibuk dengan counter-strike. Maaflah, budak-budak kan?








"Tu lah. Negara banyak dosa patut sangat lah kena"


Ayat formal. Ayat berunsur cili api, lepas tu dituang petrol lalu dibakar. Ayat yang dimilik mulut yang tak pernah dicuci bilas. Aku berasa sungguh relevan jika tuan mulut ini disamakan dengan pemimpin korup, yang suka berperang mencari fasal. Sedar mereka tak berdaya, mereka menyuruh anak muda untuk pergi mati berjuang, atas alasan ibu pertiwi. Dan anak muda yang kononnya berselindung dan menggunakan propaganda perjuangan, pergi membunuh untuk merasa keseronokan aliran adrelina dalam darah.



Mereka tidak sedar apa yang mengalir dalam tubuh. Tahu? Ianya darah. Mereka hanya sedar bila darah itu tumpah.


Heh, sebenarnya, persamaanya adalah, 'kalau kena pada batang hidung sendiri, kau tahulah'







"Bencana tiada sebab yang terperinci. Bencana adalah suatu proses untuk mengembalikan struktur dan fungsi alam supaya kembali normal. Faktor-faktor bencana semuanya akan beralih kepada kuasa tuhan."


Kenapa bencana ada?  Ini jawapan Puan Noorsiah Hj Lope Shaari. Cikgu sains aku tingkatan (5)

3 ulasan:

  1. weyh! haha..lpas bce entry kau smlm bru aq tau ade tsunami..serious tatau..kau lagi update sal dunia dri aq ye budak.

    BalasPadam
  2. Agaknya dah setengah juta orang mati baru kau nak alert ye? Haha tu la makcik, dok lagi aktif dengan mesyuarat ahli tingkap

    BalasPadam
  3. bnyk la kau mesyuarat ahli tingkap..
    aq final exam la budak..t0o yg ta alert t0o..ape kate kau tulis je entry pasal jepon g..
    cm t0o, aq update kat blog kau je.hee..

    BalasPadam