Powered By Blogger

lupa beli maggi

Aku dihidang banyak masa. Sungguh-memang-banyak-masa. Dan biasalah, keadaan sekeliling yang tentukan macamana aku lalui situasi hari itu, ini, dan esok.


Study Week !


Aku ada dua kertas perlu diselesaikan sebelum boleh pulang ke tanah air. Satunya Art & Design (Test), dan Art History (Final paper).

Masa-masa inilah yang sepatutnya aku guna untuk refresh balik elemen-elemen dalam design, dan bagaimana nak apply. Baguslah, satu pun aku tak tahu.

Masa ini juga perlu aku guna untuk flashback demi mengenal semula siapa itu Hammurabi, Nafertiti,  aliran seni Dadaisme (bunyi dia lucah), dan karya pelukis hebat.


Gambaran Jesus Christ menikmati hidangan terakhir sebelum di-'crucified'

Tak pernah aku tengok lukisan-lukisan pelik macam ini. The Last Supper oleh LDV. Sebelum ini bila disebut LDV, mesti aku terbayang Mona Lisa. Rupanya pakcik Italy tu buat banyak lagi karya.

Mula-mula aku jadi meluat untuk menghadap benda macam ini. Belum lagi hasil seni zaman Meso, Babylon, and so on. Merepek.

Tapi kalau diperhati betul-betul, karya zaman Renaissance ini macam seronok untuk dikaji. Pesaipa? Pasal depa semua masa itu sibuk mengagungkan tuhan melalui karya seni. Dan apa yang menarik, tuhan yang mereka ketengahkan bukan seperti tuhan Hindu, Buddha, dan lain-lain. Kerana akal logik kita menolak sesuatu yang gagal ditafsir otak, yakni tidak logik.

Pada era LDV, mereka menceritakan tentang seseorang yang kita tahu. Yang katanya berkait rapat dengan agama kita. Berbanding dengan seni Islam, kita menggunakan konsep 'tau' (tauhid) iaitu menyembah tuhan yang satu. Dan tuhan tidak boleh diobjekkan, atau diguna-pakai untuk hasil seni. Subjek yang hidup juga haram untuk diguna pakai.

Macam karya diatas, lukisan itu semacam menarik rasa ingin tahu aku kepada wajah Nabi Isa. Tapi ada yang berkata, Isa a.s bukanlah Jesus.

Alexander The Great? Alexander bukan Zulkarnain.

Dengar cerita batch aku banyak yang repeat. Doakan ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan