Dan aku harap angin suam dapat bawa daun kering ini ke tempat yang aku rasa dingin, rasa selesa.
Tapi aku harap, bila aku disana aku berpeluang menjenguk semula tempat aku berdiri sekarang. Untuk menjaga hati ini, untuk selama-lamanya.
Cepat betul masa berlalu. Aku rasa macam baru semalam aku menyusun baju ke dalam bagasi ala-korporat aku.
Aku rasa macam baru semalam aku terasa sedih serius celaka masa nak meninggalkan Kajang, keseorangan.
Aku rasa macam baru semalam kena ceramah tanpa-henti masa orientasi.
Atau,
Macam baru semalam saja aku rasa sibuk nak siapkan lukisan itu, lukisan ini untuk di-submit.
Aku rasa macam baru semalam aku kenal dengan Bob, Rudi, Adib, Azhar and so on.
Rasa macam baru semalam juga, aku terasa diri aku kembali normal, kembali sedia kala macam kau, si pembaca.
Rasa macam baru semalam..
Entah. Sebelum ini aku rasakan 6 bulan pertama disini seperti 2 dekad di penjara. Tipulah kalau aku kata 'pejam-celik-pejam-celik', sebab aku tahu itu memang metafora. Tapi masa ini berjaya memancing minda aku pada sesuatu yang memang aku nak cari, yang aku rindu. Yang tiada bila kita bersama.
Ya, perpisahan. Bukan pada perhubungan, maksud aku pada 'setting' dan latar masa. Aku pernah kata pada diri aku selepas tamat tingkatan lima. Aku kata, 'Fendi, kau kena rasa perasaan ini lagi sekali'.
Perasaan apa ya?
Rasa berpisah, atau terpisah. Berpisah dengan kawan-kawan masa sekolah. Rasa ter-seorang akibat hilang warna-warna primary yang mencorak hidup buat seketika cuma. Walaupun sekejap, itu tetap masa kan?
Rasa rindu pada gelak-ketawa kanak-kanak ribena. Rasa kecewa sebab tak dapat tatap muka junior yang comel. Rasa melankolik bila tengok muka cikgu, selepas kita habiskan kertas keramat di dewan.
Rasa seronok bila dikenang, Cikgu Azhar menyebat punggung gara-gara terkantoi merokok. Ingin rasa kelam-kabut bangun sebelum terbir fajar, dan menyanyi lagu kebangsaan bersama kawan.
Dan yang paling benci, dan percayalah, kau sendiri tahu realitinya. Selepas tamat era yang aku sebut, sedikit demi sedikit kawan kau hilang. Mereka mula maju setapak, dan setapak. Lalu kau menjadi bayang di dalam bayang mereka.
![]() |
2 minggu sebelum SPM |
Kertas sejarah aku hari selasa depan. Tak lama dah. Saja aku nak tulis, bila aku rindu masa aku tengah lalui sekarang, aku nak tatap tulisan bodoh ini. Mungkin lagi setahun, dua tahun, atau lepas aku kahwin. Heh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan