Belum lagi bila tengok perempuan bertudung. Habis segala kejantanan keluar. Nak tunjuk diri pergi surau. Semua pasal perempuan. Apa yang tiada di syurga sampai Adam rindukan seorang insan yang bergelar Hawa? Dan mereka dihantar ke dunia, kerana perempuan.
Perempuan.
Bak kata orang, sebelum nak dikritik seseorang, kita perlu mengemukakan sifat positif individu tersebut kan? Aku taknak jadi penghentam. Kalau dalam kelas penulisan skrip aku, kritikan perlukan bukti, dan juga penyelesaian. Berbeza pada hentaman, hentaman adalah orang yang bercakap menggunakan lutut.
Oh nasib, lutut aku tiada mulut.
Baru-baru ini kafe di kampus aku di-kuarintin. Dua minggu. Makanan yang masih dijual, produknya dalam kuantiti kecil. Sekejap bebenar habis. Jadi aku terpaksa berjalan hemm lebih kurang dua marhalah ke luar kampus untuk mencari sesuap nasi (gila Bersamamu ayat).
Aku beratur. Aku rasa meluat. Meluat amat sangat. Benda yang boleh dicepat, dia lambatkan. Aku tak tahu naluri perempuan. Menjaga keayuan kot? Habis slow-motion dia menceduk lauk-lauk. Aku yang dah 24 jam tak makan, rasa nak ketuk kepala dia dari belakang :) . Dia tak pernah terfikir ke nak buang sekejap rasa ayu tu demi kepentingan ramai?
Masa aku kerja di Kenny Rogers dulu pun aku dikelilingi perempuan/wanita. Mereka mengkehendaki kesempurnaan dari seorang lelaki. Tetapi realitinya, bila seorang perempuan duduk di dapur, keadaan dapur itu lebih berselerak. Dan kerja lembap. Maaf. Ini apa yang aku rasa/tengok.
Kalau berpasangan, perempuan mesti nak on-call 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan (walaupun Februari). Belum lagi kalau nak kira sifat azali mereka yang suka mengorek rahsia. Habis itu ini ditanya. Dari keluarga sampai klinik mana yang jual m.c ditanya.
Satu taraf. Mereka hendak satu taraf dengan lelaki. Ini lagi merepek. Nak jadi ketua keluarga ke? Kenapa perempuan suka menggunakan 'ladies first' bila hal berkaitan dengan masa. Tapi bila keadaan buruk memihak pada perempuan, taknak pulak guna ayat keramat tu.
Perempuan ini benda senang dia susah kan. Aku pun tak faham. Adakah sebab aku seorang lelaki yang tak begitu complicated atau pun memang perempuan yang memeningkan kepala?
Kalau ditanya nak makan apa, A atau B? dijawabnya 'alaaa kalau makan A nanti gemok lah. Ingridient dia blablabla. Kalau B pulak blablablabla'. Susah sangat ke nak buat choice?
Lagi satu, berlagak dia. Malas aku nak cerita heh.
Sekejap, aku jumpa gambar tadi,
![]() |
sila zoom-in kalau taknak rabun malam |
68000 orang terkorban (statistik Wikipedia).
Entah lah. Kadang-kadang aku terfikir, aku yang lelaki sanggup ke buat macam ibu tu. Let the picture talk.
I love you with a fire red, and it is never turn blue Mak.
haa!! tang kenny t0o..
BalasPadamaku nak bg tau ayie..sbb dye sorng je pena kje kat dapor..haha....
oooo....kutookkkk...
hahha..
eh kau salah orang ni. ramai lagi dekat dapur tu -______-' pandai la kau yeee
BalasPadam