Powered By Blogger

apa maksud sunny side up?

" Oh... "
" Takziah "

Atau senyap seketika. Sambil menyebut nama ibu segala surah, Al-fatihah.

Aku terasa Bahasa Melayu/Malaysia kekurangan kosa kata. Macam segala perasaan tak dapat dihuraikan dengan menggunakan mother's tongue language.

Sedia maklum, kematian secara kuantiti yang banyak baru-baru ini di Hulu Langat, aku terasa macam, wow. Dan terdiam. Tak lupa juga kematian yang berlaku baru-baru ini. Maksud aku dikalangan terdekat. Bapa kepada Pandian, seorang warga India yang mati dilanggar lari di Sg Chua.

Ini lagi buat aku, wow. Terus aku diam. Tak tahu eksperesi atau smiley yang paling relevan patut aku gunakan dalam detik-detik begini.

Aku perlu sebut "Im sorry" ? Secara kasar tanpa deep thinking, meaningnya 
"saya minta maaf" kan?

Dan ucapan "Takziah" amatlah jarang digunakan secara langsung dalam komuniti kita.

Jadi aku mengambil keputusan untuk menatap dengan mata berkaca, dan menepuk bahu si anak.

Itulah aku kata, bahasa kita kurang kosa kata.

3 ulasan: