Powered By Blogger

misi visi dan kenyataan

Minggu paling memenatkan. Aku sendiri tak tahu tang mana datang penat tu. Bayangkan semalam, aku terlena atas laptop. Sedar-sedar tujuh pagi. Tujuh pagi? 

Untuk dua bulan ini jugalah aku akan menghadapi tekanan perasaan baik dari external atau internal. Menghadap rutin-rutin atau misi, kata Naki. Misi hidup yang tak tentu hala, yang serabut katanya.

Dan tak hilang lagi kepedihan akibat kekalahan yang memalukan. Kekalahan yang sadis. Timbul pelbagai soalan yang retorik dari si mulut kejam. Yang tak tahu bahawa dalam permainan pasti wujud nombor satu dan nombor loser.





Ini task kerja aku. Yalah, sekarang ni muka aku saja duduk dapur tu. Baguslah, sampai Abang Fadhil siap tulis result. OMG menyampah.

Aku dah tak tahu nak teroka hidup ini macamana lagi. Aku berjalan dan terlihat orang sekeliling berperang.

Berperang demi

kuasa
harta
dan,

nama.

Tiba-tiba bagi aku, berperang demi cinta paling relevan. Bukan cinta, maksud aku cinta. Cinta yang merangkumi semua.

Orang hidup dan mati. Datang dan pergi. Tapi kau tidak.

Kau sentiasa berdiri,

depan mataku.

2 ulasan: