Mintak-mintak dah habis result fever baik politeknik, matriks and so on. Tak sanggup pula aku nak dengar gelak ketawa orang bijaksana ni. Semacam timbul perasaan yang rendah, dan secara gear automatik diaphram aku terasa geli. Mesti kau pelik, tapi I'm telling the truth.
Yeah, baya-baya aku ni sinonimnya topik berbual pastilah tentang pendidikan. Pendidikan berterusan macam dalam falsafah pendidikan negara.
Tak kisahlah, pasal aku tak reti nak bercerita tentang rutin. Dari breakfast ke supper, memang aku gagal nak huraikan. Bagi aku, life sekarang untuk melepak. Jadi rutin aku adalah melepak. Biarlah tertonggeng ke terbaring ke, namanya melepak.
Tengah aku nak terlentok awal pagi tadi, Rezza si samseng bertanya sambil bercerita. Gayanya macam ingin luahkan perasaan, tapi dalam gaya naratif yang lain. Diisikan penceritaan itu dengan gelak ketawa. Aku sedikit gagal untuk mentafsir. Tapi aku dapat isinya.
Aku menyesal sangat tak belajar dulu, katanya (Rezza).
Indeed, siapa-siapa yang sekolah dekat Saujana aku rasa pasti kau kenal dengan individu ini. Pernah aku lalu depan kelas dia, sewaktu cikgu mengajar, dia sedang mempraktikkan skill menggunting rambut dibelakang. Bagi aku sangat biadab, tapi nampaknya cikgu itu sekadar bersahaja.
Merokok.
Mencuri duit tabung dari bilik pendidikan seni.
Sekejap-sekejap aku megah berjalan di sebelah dia. Maklumlah, samseng kan? Itu dulu ye.
Dia nak ulang balik masa. Kerja berat, gaji kecil. Beberapa kali dibuang kerja. Dia sendiri rasa serabut dengan hidup yang sedang diisi. Mungkin diisi dengan pasir, atau dengan bunga. Itu lah rezeki. Tapi aku mula bersyukur. Bersyukur kerana diberi peluang untuk mencipta satu tiket.
Tiket yang kata sesetengah orang tak berbaloi untuk dicipta. Tiket yang boleh membuat kau keluarkan duit untuk bayar semula pinjaman. Tapi itulah, rezeki kan? Tak bermakna kau takda tiket kau mesti kerja pemandu kereta? Lagipun apa masalahnya dengan pemandu kereta?
Tak bermakna kau ada sijil setinggi tambun pasir, kau dijamin gaji RM10k kelak.
Tak bermakna pointer kau kurang 3.5 atau bawah 2.5, kau loser yang terasa segan berdiri sebelah dean list? Aku tak kisah sangat dengan pointer segala bagai. Kata kakak aku, aku mengambil kebanyakan postive charge dari semua adik beradik. Tapi tak bermaksud aku tak kisah langsung.
Kan bagus? Kan?
Tapi atleast kita boleh refresh balik. Oh ya, lagi satu
Tahniah kepada Nabil yang akan pursue diploma Julai ini. Gua sentiasa support lu brother.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan