Untuk tajuk sudah sepuluh minit. Terkaku sekejap sebelum jari aku mula menari pada papan kekunci. Kaku memikirkan aku, memikirkan diri sendiri. Macam hari-hari biasa, aku sendiri tak tahu apa yang kepala aku ingin.
Sudah aku suap pelbagai aktiviti, nampaknya semua ke gaung.
Untuk menerangkan secara kasar tentang rasa internal ini bagi aku sesuatu yang kompleks. Sometime ada satu masa kau seorang sahaja faham apa yang kau rasa. Nak disampaikan melalui lisan, aku rasa kau perlu ambil PhD dalam bidang psikologi.
Oleh sebab aku juga bukan pengarang, aku gagal mentafsir 'itu'. Kalau nak disifatkan dengan gaya kewartawanan, nampaknya tulisan tidak formal isn't suit dengan perasaan. Emosi tiada dalam sains. Ini fakta.
Well, bila satu perkara yang kita anggap 'attainable', dan sudah dilabel 'achivement', bukan pasti, tapi wajib wujud segelintir manusia yang degrade sesuatu yang kau pegang, atau sesuatu yang kau percaya. Dah menjadi lumrah, bila yang sempurna mengutuk si lembap.
Oleh sebab banyak masa yang terluang, aku diberi ruang sekejap untuk berfikir secara liberal. Biarlah apa pekerjaan kau, apa pencapaian yang kau dapat dalam bidang akademik, ataupun dari segi perhubungan. Ada mulut yang terbuka, jadi sabarlah ya?
Kalau semua orang nak jadi polis, siapa nak jadi penjahat?
Kalau semua orang nak jadi presiden, siapa nak kutip sampah?
Sepelik mana pun kau, salah seorang mesti jadi pro dan kontra. Tugas kita adalah untuk memahami, dan menghayati kelebihan masing-masing. Kalau diberi watak hero, aku akan jadi hero. Jika diberi antagonis, aku akan jadi penjahat yang jahat.
Kita semua mungkin tak bernasib baik. Tapi kita bukan menjadi individu yang paling malang. Betul dak?
Kerana aku dan kau telah mendapat sesuatu. Sesuatu yang priceless katanya. Rakan-rakan mungkin. Atau keluarga, kemungkinan teman istimewa.
Sebetulnya kita ada sesuatu yang sama.
Masing-masing mempunyai orang yang kita sayang. Sebab perkataan sayang itu, kita masih hidup. Baik untuk melindungi, atau menatap complexion yang tersayang. Terpulang pada definisi masing-masing.
Adat la kan? Janji tak lari dari norma hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan