Powered By Blogger

aku baru letak tajuk, tadi

Tuai Padi antara Masak, Esok Jangan layu layuan,
Intai Kami antara nampak, Esok jangan rindu rinduan


Aku jadi benci. Benci yang perlahan, tapi impaknya super-sonik. Terus menusuk ke kalbu, hingga tulang sum-sum aku tak menghasilkan sebarang darah merah.

Aku takut aku rindu mata yang semacam tiada sebarang cacat cela. Mata yang aku compute milik bayi yang baru lahir. Mata yang aku tak pernah nampak secara realiti, tapi aku tahu bakal menembus 

mata hati,
aku.

Mata yang dimilik seekor kucing, sempurna. Dan kau mencurinya !

Jadi aku,
lari.

Ramai berteriak lari adalah satu kesalahan, atau hiperbolanya jenayah.

Nabi Muhammad turut berhijrah ke Madinah. Salahkah?

Tak salah lari dari kenyataan. Siapa kata? Kau sedar yang kau tidak kamil dalam sesuatu situasi. Jadi, larilah.
Mungkin dalam kau jadi pelarian, kau terinspirasi. Banyak orang yang aku jumpa begitu. Tak bermakna kau lari, kau dah kalah.

Kejarlah cita-cita kau selagi itu masih cita-cita kau. Galas bahu kau bersama apa yang kau dapat semasa kau dalam pelarian.

"you may lose faith from us, but not in yourself" -Transformer 3


Perang blok atas sedar dan unconcious


p/s: aku tak emo langsung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan