Powered By Blogger

cuba teka aku nak letak tajuk apa?

Segala waktu senggang aku dicuri. Baik makan, tidur, dan menonton. Cuma melepak dikecualikan. Dan segala aktiviti kebelakangan ini dirumitkan dengan masalah. Masalah yang dari dulu aku nak lari, tapi selalunya masalah itu berdiri depan muka aku, bila aku fikir aku dapat lari.

Nak kata ketara sangat, mustahil lah. Pasal aku belum lagi terbabit dengan definisi stress. Elok laptop baru di-format, ada lah tangan durjana yang menghancurkan. Bagi aku ini lah masalah yang paling besar. Serius, paling besar. Kau faham tak?
Aku nak cakap tang mana rosak, aku pun tak reti bab IT ni. 

Dan this lately juga aku berasa runsing dengan sesuatu yang unnecessary. Aku kasihan pada individu yang lahir pada 29 Februari. Nak juga aku bertanya live, tapi tiada sorang pun yang lahir pada tarikh sekian. Agaknya bagaimana sambutan hari jadi mereka ya? Tiap 4 tahun sekali?

Aku juga rasakan yang diri aku durjana dan loser melihat layout dan design blog aku yang ter-amat-amat buruk. Saja aku tekan-tekan blog orang, randomly. Kemudian aku terus berlari ke jamban dan flush kepala aku. Malu.

Hairan aku melihat cikaro-cikaro makin berkeliaran di kawasan Kajang sehingga aku rambang mata dan wah banyak betul awek bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan

Sudahlah, aku tiada apa poin pun disini. Tapi semalam aku ada loafing dengan sorang orang tua. Bermacam dia cerita, elok dari highway Gambang ke Segamat yang dibuatnya, sampailah sewa teksi dan deposit teksi nya yang ditipu empat tahun lepas.

Dan kebanyakan ayat nya mesti berakhir,

' masa itu awak tak lahir lagi '

Lekuk-lekuk kerut di pipinya, mulut yang kian merekah, tangan, kulit kasar yang aku jabat, matanya yang kian kuning, dan kornea matanya yang kelihatan biru pekat buat aku mula gentar.

Gentar yang satu hari nanti aku pasti tua.

Sebelum aku beransur, katanya jangan buat penilaian dari luaran. Aku dah biasa dengar. Tapi baru-baru ini baru aku faham. Faham yang sebetulnya.

Oh ya, korang kenal mamat ni?




Ini peserta bagi rancangan realiti America's Got Talent. Masa audition, judger tanya apa pekerjaan dia.

Dan dia jawab

'tangkap ayam'

Satu dewan gelak. Memang orang kampung. Diorang ingat bakat mamat ni sama teruk dengan pakaiannya yang selekeh, loghat yang pelik, dan memakai topi terbalik.

Mungkin kalau dia jawab dia kerja ladang, takda la benda ni nampak awkward dan odd sangat.

Kesian aku rasa bila tengok dia kena gelak. Kena gelak baikk punya. Lepas tu dia bawak antara lagu yang aku minat.




Ronan Keating, If tomorrow never comes with country genre.

Dan dia menang untuk season itu. Tiba-tiba kata-kata pakcik tu macam relevan kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan