Aku tak pernah perasan pada pagi yang sesetia pada aku, seperti apa yang aku rasa sekarang, hari ini.
Diteman secawan milo panas berasap, dan sebatang rokok yang tak pernah jemu menjadi sahabat aku. Tapi aku tetap anggap kau materialistik, kawan. Aku perlu duit untuk berkawan dengan kau!
Kau sama seperti mereka,
tiada beza.
Aku dah mula rindukan sesuatu. Sesuatu yang tiada disini. Kalau aku punya dua pasang tangan, hendak aku tulis tentang kerinduan ini semasa aku berlegar di Pekan Kajang tadi. Dan sepasang lagi buat aku kerjakan untuk menunggang.
Aku rindukan
hijau,
dingin dan,
tenang disitu.
Semalam, punya
semalam,
punya semalam,
aku duduk di depan MP. Mengorak rasa, menjenguk langit. Melihat betapa kecilnya aku jika dibandingkan orang memakai kot, bertali leher dan berhidung tinggi. Sedikit kesal.
" Abang, KTM mana juga? "
Entahlah. Mungkin penggayaan baju seluar aku macam receptionist? Ye lah kot gamaknya. Kalau tidak takkan lah dalam sehari tiga hingga empat soalan disembur pada aku.
Tapi kali ini lain. Ini memang lain. Kerana dia tidak ber-mykad seperti aku (eh betul ke). Dia Nepal.
Lepas tu sereberrum, serebellum, medulla oblongata, dan spinal cord aku terus terbang jauh. Tiga empat batu, yang jauh dari tempat aku berpijak. Memikirkan betapa hinanya aku dibesarkan dengan budaya bahawa pengutip sampah itu hina. Yang kontraktor itu juga pekerjanya adalah orang yang tidak reti membaca.
Dan betapa angkuhnya aku kata, yang orang tidak berdiploma-degree itu bodoh bila,
aku jumpa Alip.
Siapa tak kenal Alip? Tingkatan tiganya diisi dengan perkara seperti aku. Keputusannya 8A. SPMnya boleh tahan, semua gara-gara ini
Dia berhenti belajar, tapi apa yang aku tak boleh lupa dialognya,
" aku nak bangun pagi, dan buat benda yang aku suka. benda yang aku tak pernah kesal"
"biar kaya atau miskin, janji tak menyesal"
kasih dan cintaamu, terus memanchorr
kasih dan cintaamu, terus memanchorr
aku dah #fefeeling baca sekali kau letak lirik last tu buat aku nak gelak
BalasPadam