Oh hai blog. Aku hampir hampir lupakan kau. Banyak juga aku nak kata, tapi macam biasalah aku mesti tak terkata. Papan kekunci tak cukup sifat untuk menjadi mulut kedua aku.
Berapa kali aku tanya kawan-kawan aku yang berpengalaman. Maksud aku, 'how to approach girl's heart?'. Dan kerap kali jawapan dia pastilah main mata, buat buat terlanggar bahu lepas tu tolong kutipkan buku yang terjatuh sambil bertanyakan di mana perpustakaan atau surau, dan tackle.
Secara relevannya, apa yang paling buat aku runsing adalah tentang istilah tackle. Sebab tackle ini umum. Dan bagi orang yang first-timer macam aku, tackle membawa erti yang mendalam.
Ha yang inilah maksud tackle yang aku faham. Kira macam boleh tahan jugak la bahaya dia pasal kalau kau tackle dari belakang boleh dapat kad merah tapi tengok jugak la ref tu kalau dia ok-ok je kuning je la kot.
Sebab aku gagal untuk mendapatkan istilah tackle, jadi aku sudah buat penemuan terbaru. Haruslah ini menjadi tesis aku jika aku dapat sambung pengajian ke peringkat sarjana. Kerana penemuan ini bukanlah senang untuk di-intepret dan compute oleh individu indiviu yang loser seperti anda, kau, dan lu semua.
Apa nak buat kalau girlfriend aku pi dating dengan orang lain
Ya kawan-kawan mungkin entri ini akan mengundang kebosanan lebih dari entri-entri sebelum ini kerana ianya bersifat education. Tapi kerana aku ingin bersiap sedia dengan tesis masa hadapan aku, jadi aku huraikan sedikit apa yang aku/kau perlu buat jika berhadapan dengan situasi seperti ini.
Mula-mula, jangan lah bersifat kejam sangat. Langkah pertama adalah;
BUNUH
Sometime perasaan yang dipendam tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Tak hairanlah jika kita melihat orang yang marah menumbuk pintu. Tapi kadang-kadang aku hairan juga kenapa mesti mereka memilih pintu walhal dinding lebih dekat dengan kita. Mungkin impak dan kesan pada pintu itu akan membuatkan kita puas dan signal 'aku tengah marah ha kan dah pecah pintu tu' berjaya disampaikan dengan telus.
ok sambung.
Dengan membunuh dapatlah aku memotong badanya dan memberi kepada pihak berwajib untuk dijadikan lauk lauk sempena berbuka puasa yelah kan Ramadhan kan dah nak dekat. Jadi dengan ini, aku merasakan dosa yang aku buat dapat dikompaunkan sedikit dengan bersedekah bak kata orang besar tapak tangan nyiru kami tadahkan. Mula mula aku nak cucuk hidung dia guna gitar lepas tu aku nak main lagu Isabella guna gitar tersebut kemudian aku sambung bunuh dia dengan menggigit telinga mangsa sambil hilang darah kemudian dead.
Siku buruk
Siku buruk bukanlah bermakna aku nak bercerai dengan kekasih aku kerana sikunya buruk akibat terjatuh longkang tetapi aku nak mintak balik segala topup dan teddy bear dan henfon dan tv dan duit kepunyaan aku. Dengan begini, barulah dia tahu apa yang dia ada tanpa aku sebagai pemberi.
Kalau ingin lebih sadis, aku akan berjumpa dengan ayahnya dan mengeluarkan statement bahawa si mangsa telah mencuri duit aku dan membelanjakannya untuk membeli air ketum. Puas lah hati aku.
Nombor
Nombor telefon. Bila sayang, awek yang muka macam batu bersurat Terengganu pun lelaki akan pandang seperti bidadari. Bila putus, haruslah muka mereka dicop sebagai kak limah. Untuk memuaskan hati, aku pergi ke tandas-tandas awam dan menulis nombor telefon mangsa pada pintu-pintu utama bersama e-mail dan alamat rumahnya sekali.
Dan pilihan terakhir,
Aku muhasabah diri. Jika dia cintaku, pasti dia cintaku. Jika aku cintakan dia, aku rela tengok dia bahagia, walau dengan siapa.
okyh..yg part nombor t0o sangat bangang.haha.
BalasPadam