Huwaaagh !
Penat zahir dan batin. Selain dari penat, tiada perkhabaran lain untuk aku sampaikan. Melainkan terasa sedikit tekanan kerana tertinggal kad matrik dan selimut, semuanya dalam kondisi yang sama.
Semester ini juga buat aku goyang lutut. Takut melihat subjek-subjek yang aku bakal nak hadap. Jadi aku tak yakin untuk letak sebarang..apa orang kata ya?
Expectation?
Ya jangkaan. Aku taknak letak takuk pencapaian yang tinggi untuk penggal ini. Cuma biasa-biasa. Biasa-biasa?
Dan biasa-biasa ini bukanlah bererti aku nak mencapai sesuatu yang 'cukup - cukup makan', bukan.
Dalam realiti hidup sendiri pun, selalunya bila kita point target kita, contohnya 10. Hasilnya pasti tak kena 10. Mungkin 9, 8, atau 5. Betul dak?
Atau kemungkinan, dan tak mustahil target yang 10 itu boleh jadi 3, 2, 1.5, atau 0. Isi dia, kita tak boleh target cukup - cukup makan, nanti tak dapat makan.
Jadi aku nak buat apa? Aku nak target lebih sikit dari cukup - cukup makan. Entah lah, tengok usaha. Tapi rasanya takkan aku ulang perangai semester lepas.
Dan yang seronoknya bila semester bermula, aku suka bau baju baru ditambah dengan suasana pelajar berpusu ke kelas seperti di Hogwart. Lagi satu, bila semester baru, bermakna pelajar baru kan?
Mari kita buat persamaan sedikit.
Bila pelajar baru, mesti banyak perempuan. Bila banyak perempuan, mesti ramai hero gadis.
Cinta lalu, makan tak kenyang, tidur tak lena, dan mandi tak basah
Cinta kini, Makan setalam, tidur setilam, dan mandi sekolah.
A. Samad Said punya, rasanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan