Powered By Blogger

menulis tiada dakwat

Bila kau dah terbiasa dengan sikap - sikap kau, terbiasa dengan keadaan, secara senangnya kau terbiasa dengan rasa - rasa sekeliling. Aku tak punya perkataan yang rasmi setakat ini, cuma ada bahasa basahan. Diteman kopi berasap, aku jadi terbang. Terbang dari segala kekalutan manusia dan persekitaran. Syukur.

Kadang - kadang aku rasa pelik. Kadang - kadang aku rasa apa aku buat itu yang terbaik, yang terbetul

Kadang - kadang aku rasa bersalah. Kadang - kadang aku rasa, aku yang tak betul. Kadang - kadang aku rasa kenapa aku fikir ini?

Tapi jarang - jarang aku terfikir bila yang aku rasa biasa, akan melompat kepada tahap yang masih tetap biasa, tapi berbeza senarionya. Bila difikirkan betapa orang mentertawakan setiap langkah, kalau tidak pun, dengan hanya melihat wajah.

Aku minta kepada kau Penjaga Malam, Pemberi Mimpi, kau campakkan aku satu mimpi yang boleh buat aku bangga. Yang buat aku dan kau,

tersenyum suka.



'camera roll, 'rolling', take one shot 1 scenes 1, action !' Drama bermula !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan