Powered By Blogger

tegang renggang

Firasat aku mengatakan aku dalam ketegangan. Aku rasa firasat ini tidak menipu. Aku bayangkan ini, aku bayangkan itu. Fikiran aku tercarik-carik ke seluruh pelusuk ruang. Banyak benda yang harus dilangsaikan. Bertimbun rancangan yang rasanya ke gaung.


Sambil telinga aku di-sarapan pagikan dengan lagu-lagu puitis, apa yang aku boleh buat adalah melontarkan sedikit ayat-ayat yang ringan. Rasanya kebelakangan ini pun banyak perkataan yang tergantung, keluar dari 'keletak-keletuk', dan dilahiriah kan oleh minda kau.


'Kau tak faham Fen'


ha? Fen? Aku perbetulkan sedikit dialog ini. Fendi sebenarnya.


'Sebab aku tak faham lah aku cakap macam ini'


Ini sedikit cetusan dialog aku semasa dalam diskusi ringan. Diskusi tentang permasalahan keluarga yang menghentam konco ku. Aku terlihat sesuatu yang aku tak pernah sua.


Logiknya disini, aku cuba untuk berfikir secara matang, iaitu mengeluarkan aura kounselor. Persoalannya, di antara kita, berapa ramai yang memang memiliki sifat sebagai kounselor. Bagi aku, kounselor terbaik adalah berjumpa orang yang pernah mengalami situasi yang sama. Aku langsung tak pandang kepada kounselor yang kononnya kounselor, cuma berkounselor melalui pembacaan di buku-buku yang boleh didapati di Cziplee.


Dan lagi satu, tuhan.


Kalau perkataan Aku & Kau dianggap kasar kepada orang tua, adakah aku berkasar pada tuhan?






Tiada ulasan:

Catat Ulasan